Pemegang saham minoriti Kumpulan Jetson berusaha kali kedua singkirkan ahli lembaga pengarah
KUALA LUMPUR 9 Feb - Sekumpulan pemegang saham minoriti, yang mendakwa memiliki sekurang-kurangnya 10% kepentingan dalam Kumpulan Jetson Bhd, sedang membuat percubaan kedua untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa bagi menyingkirkan lembaga pengarah sedia ada.