Pemulihan penuh trafik penumpang Malaysia mungkin tertangguh, kata MIDF Research
KUALA LUMPUR 13 Sept - MIDF Amanah Investment Bank Bhd menjangkakan kelewatan dalam pemulihan trafik penumpang Malaysia berikutan cabaran baru-baru ini yang dihadapi beberapa syarikat penerbangan, termasuk penghantaran pesawat dan alat ganti serta kekurangan buruh.