JAKS meterai MOU dengan TDM-YT Plantation bangunkan loji PV solar LSS5 di Terengganu
KUALA LUMPUR 25 Julai – JAKS Resources Berhad menerusi anak syarikat milik penuhnya, JAKS Solar Power Holdings Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan TDM-YT Plantation Sdn Bhd, anak syarikat TDM Berhad.