Terkini | DagangNews Skip to main content

Acara FUNancial Day anjuran Maybank dan UKM tarik kehadiran 5,000 pengunjung

KUALA LUMPUR 12 Jun - Seramai 5,000 pengunjung dan pelajar menghadiri acara FUNancial Day anjuran Maybank selama dua hari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, Selangor baru-baru ini.

 

Sektor pembuatan Malaysia alami kemerosotan kesan kelemahan jualan semikonduktor global - PublicInvest

KUALA LUMPUR 12 Jun - Prestasi sektor pembuatan Malaysia sedang mencatatkan kemerosotan kerana ia berkait rapat dengan dengan kadar jualan bulanan semikonduktor global, kata Public Investment Bank (PublicInvest).

 

Sancy meterai perjanjian urus sistem maklumat pesakit Aichi Healthcare Group di Bangladesh

KUALA LUMPUR 12 Jun - Sancy Berhad, melalui syarikat bersekutunya, Sancy Global Solutions Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian untuk melaksanakan dan mengurus sistem automasi untuk menyimpan maklumat pesakit Aichi Healthcare Group di Bangladesh .

CEO IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara baharu

PUTRAJAYA 12 Jun - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dilantik sebagai Ketua Audit Negara berkuat kuasa esok, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.

 

Equinix buka pusat data di Kuala Lumpur pada suku pertama 2024

KUALA LUMPUR 12 Jun - Syarikat infrastruktur digital tersenarai di Nasdaq, Equinix Inc (Equinix) merancang untuk membuka pusat data di Kuala Lumpur pada suku pertama tahun depan.

Purata kadar pengangguran diunjur kekal pada paras 3.5% tahun ini - Kenanga Research

KUALA LUMPUR 12 Jun - Kenanga Research mengunjurkan purata kadar pengangguran kekal pada paras 3.5% pada tahun ini.

 

Unjuran itu dibuat berdasarkan pertumbuhan pekerjaan yang mampan selain keksongan jawatan aktif yang lebih tinggi.

 

SNS Network sumbang 1,000 komputer riba bernilai RM1.25 juta untuk pastikan pelajar tidak ketinggalan akses pendidikan digital

KUALA LUMPUR 12 Jun - SNS Network Technology Bhd menyumbang sebanyak 1,000 komputer riba di bawah projek 'JOI for All' untuk membantu pelajar di Malaysia mengakses alatan pendidikan dalam talian serta memastikan mereka membiasakan diri dengan teknologi.

 

Sedania diiktiraf sebagai syarikat kecekapan tenaga terbaik ESG Positive Impact Awards

KUALA LUMPUR 12 Jun - Sedania Innovator Bhd mengumumkan bahawa anak syarikat ‘tenaga lestari’ Sedania Technologies Sdn Bhd diiktiraf sebagai syarikat kecekapan tenaga terbaik.

 

Malaysia antara negara teratas pilihan pelabur hartanah komersial China – Juwai IQI

KUALA LUMPUR 12 Jun - Malaysia mendapat manfaat daripada perubahan dalam pelaburan hartanah komersial antarabangsa China, sementara Amerika Syarikat dan Australia telah kehilangan pelaburan pada tahap yang lebih rendah, menurut Juwai IQI.

UiTM santuni anak-anak yatim pusat jagaan Walidaina menerusi program We Care Rembau

KUALA LUMPUR 12 Jun - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau menganjurkan projek 'Team Building with Kids: We Care Rembau' dengan Pusat Jagaan Anak Yatim Walidaina baru-baru ini, dalam usaha mempromosikan nilai kasih sayang dan keprihatinan kepada

Subscribe to Terkini