KUALA LUMPUR 18 Dis - APB Resources Berhad bercadang pengambilalihan 10.41% pegangan atau 70 juta saham dalam Globetronics Technology Berhad berharga RM140 juta.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Abu Tariq Jamaluddin dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa semalam.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Petronas Suriname E&P BV telah menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran untuk blok 63 dan 64 luar pesisir Suriname dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV, iaitu syarikat minyak dan dan gas negara itu.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengekalkan penarafan 'overweight' terhadap sektor minyak dan gas kerana percaya harga minyak kekal dalam julat antara AS$80 hingga AS$90 setong pada tahun hadapan.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memasuki era baharu kepemimpinan dengan pelantikan Datuk Haslina Abdul Hamid, selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya, berkuat kuasa Jumaat lalu.
KUALA LUMPUR 18 Dis - RHB Investment mengekalkan perafan ‘overweight’ terhadap sektor hartanah dan yakin terhadap program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) baharu kerana syarat kelayakan umur dan pendapatan kini menjadi lebih munasabah, selain turut menawarkan pilih
KUALA LUMPUR 18 Dis - Kenanga Research menyemak turun penarafan sektor automotif kepada 'neutral' berbanding 'outperform' dan mengunjurkan jumlah jualan keseluruhan industri kenderaan (TIV) menguncup sebanyak 8% kepada 710,000 unit pada 2024.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
KUALA LUMPUR 18 Dis - Maybank Investment Bank berhati-hati optimis terhadap prospek ekuiti Malaysia tahun depan disokong kestabilan politik dan pelaksanaan pelan tindakan makro merangkap sasaran yang telah diumumkan pada 2023.
KUALA LUMPUR 18 Dis - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menganggarkan setiap kenaikan 10 sen seliter bahan api bakal menyebabkan kadar inflasi tahunan meningkat sebanyak 0.3 mata peratusan.