Kerajaan Sarawak manfaatkan pegangan dalam Affin Bank untuk perkasa PKS - Abang Johari
KUALA LUMPUR 14 Feb - Sarawak dapat meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan aktiviti perniagaannya memandangkan rundingan mengenai kepentingan kerajaan Sarawak dalam Affin Bank Bhd dijangka selesai tidak lama lagi, kata Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.