KUALA LUMPUR 6 Sept - Solarvest Holdings Berhad telah menubuhkan anak syarikat, Vestech Energy Sdn. Bhd. untuk memberi fokus kepada penyediaan penyelesaian solar kepada segmen kediaman dalam usaha meningkatkan kadar penggunaan dalam kalangan pemilik rumah.
KUALA LUMPUR 6 Sept - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan T7 Global Bhd. yang baru dilantik Tan Kay Zhuin menyasarkan untuk mencatatkan pendapatan tahunan syarikat sebanyak RM500 juta dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
KUALA LUMPUR 6 Sept - Kebanyakan syarikat melaporkan keputusan suku kedua (2Q22) yang baik, tetapi tekanan inflasi berkemungkinan melembapkan prestasi 3Q22.
KUALA LUMPUR 6 Sept - BlackBixon2Go Sdn. Bhd. (BB2GO), anak syarikat Ni Hsin Group Berhad dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran rasmi BlackBixon Café & Restaurant yang pertama hari ini di rumah banglo 3 tingkat yang direka dengan taman atas bumbung.
KUALA LUMPUR 6 Sept - Kementerian Kewangan komited untuk menyokong sektor peranti perubatan sebagai satu daripada sektor pertumbuhan utama yang akan diteliti semasa Belanjawan 2023, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
KUALA LUMPUR 6 Sept - Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Pusat SDG Negara di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi memperkasa dan mempergiat program-program serta memantau kemajuan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara.
KUALA LUMPUR 6 Sept - Kenanga Investors Bhd. melancarkan Siri Kelestarian Kenanga: Dana ESG Kualiti Dunia dengan menyasarkan pertumbuhan modal dengan melabur dalam Dana ESG Kualiti Dunia NT yang diuruskan oleh Northern Trust Asset Management.
KUALA LUMPUR 6 Sept - Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran pelaburan RM200 bilion untuk tahun ini, selepas mencapai RM123.3 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan untuk 1HFY22, kata UOB Global Economics & Markets Research.
KUALA LUMPUR 6 Sept - RHB Securities Research memberi nilai wajar pada RM2.26 sesaham terhadap Aurelius Technologies Bhd. (ATech) memandangkan ia akan mendapat manfaat daripada pertumbuhan permintaan bagi produk IoT dan pasaran litar bersepadu semikonduktor.