Terkini | DagangNews Skip to main content

Untung bersih KPJ melonjak  lebih 3 kali ganda pada suku kedua kepada RM27.09 juta

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Untung bersih KPJ Healthcare Bhd. melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM27.09 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022 daripada RM6.96 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya dengan pendapatan meningkat kepada RM707.57 juta daripada RM632.83 juta.

Untung bersih OM Holdings melonjak lebih tiga kali ganda kepada RM269 juta bagi 1HFY22

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Untung bersih OM Holdings Limited meningkat lebih tiga kali ganda kepada AS$60 juta (RM269.40 juta) pada 1HFY22 berbanding AS$18.1 (RM81.27 juta) pada 1HFY21.

 

Yinson, Aeon bekerjasama sediakan stesen pengecas kenderaan elektrik di seluruh pusat beli-belah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Yinson GreenTech (YGT) melalui anak syarikat milik penuhnya Yinson Green Technologies (M) Sdn Bhd, menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan AEON CO. (M) Bhd (Aeon) dan AEON BiG (M) Sdn.

Malaysian Genomics teroka peluang dalam biofarmaseutikal dengan kerjasama firma Arab Saudi

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Malaysian Genomics Resource Centre Bhd. (MGRC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk meneroka peluang pengedaran produk dan perkhidmatan biofarmaseutikal dan genomik dengan Ajlan & Bros Medical Company.

 

TDM rekod untung sebelum cukai RM4.7 juta, didorong peningkatan hasil sebanyak RM159.5 juta

KUALA LUMPUR 29 Ogos - TDM Berhad merekodkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.7 juta untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2022 (2QFY22) berbanding kerugian sebelum cukai (LBT) sebanyak RM1.4 juta pada 2QFY2021. 

 

Myra, Livspace jalin kerjasama tawar hiasan dalaman mampu milik kepada pembeli rumah

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Pemaju hartanah, Myra menjalin perkongsian pintar dengan pakar hiasan dalaman, Livspace menawarkan pilihan hiasan dalaman mampu milik yang mana boleh disesuaikan untuk memenuhi kehendak pembeli rumah pertama.

 

Seni Jaya catat untung RM1 juta pada 2QFY22 berbading rugi RM1.9 juta pada 2QFY21

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Seni Jaya Corporation Berhad kembali mencatatkan keuntungan bagi suku kedua berkahir 30 Jun 2022 (2QFY22) sebanyak RM1 juta iaitu peningkatan sebanyak RM2.9 juta berbanding kerugian bersih RM1.9 juta pada 2QFY21.

 

DNeX akhiri FY22 dengan cemerlang, catat untung RM707.3 juta dipacu transformasi SilTerra

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Dagang NeXchange Bhd. (DNeX) mempamerkan prestasi cemerlang bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 dengan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM707.3 juta manakala pendapatan berjumlah RM1.44 bilion. 

 

Kadar inflasi Malaysia kini di paras 4.4% - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Kadar inflasi terkini negara telah meningkat 4.4% daripada 122.5 Julai lalu kepada 127.9 bulan lepas, dengan peningkatan kos makanan (6.9%) dikaitkan sebagai penyumbang utama.

 

Vortex Consolidated lancar Bravo Financing, pinjaman khusus untuk projek hartanah kumpulan

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Vortex Consolidated Berhad hari ini melancarkan Bravo Financing, pinjaman khusus untuk semua projek hartanah kumpulan yang sedang berjalan dan akan datang.

 

Subscribe to Terkini