97.3% golongan dewasa Lembah Klang divaksin | DagangNews Skip to main content

97.3% golongan dewasa Lembah Klang divaksin

Vaksin COVID-19. Kredit gambar Jabatan Penerangan Malaysia

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Sebanyak 97.3% golongan dewasa di Lembah Klang telah menerima vaksin COVID-19 setakat 2 Ogos 2021.

 

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) berkata, 39.4% daripadanya berjaya melengkapkan suntikan dos kedua.

 

Lembah Klang meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

 

.

 

Selain itu, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Negeri Sembilan turut merekodkan peratusan vaksinasi golongan dewasa yang tinggi.

 

Masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 95.2%, 84.9% dan 73.4%.

 

Negeri-negeri lain bagaimanapun masih mencatatkan kadar vaksinasi golongan dewasa di bawah 70%.

 

Bagi jumlah pemberian vaksin harian pula, sebanyak 468,526 dos berjaya diberikan semalam.

 

Jumlah berkenaan meliputi 223,479 pemberian dos pertama dan 245,047 bagi pemberian dos kedua.

 

.

 

Peningkatan pemberian dos harian itu sekali gus melonjakkan jumlah kumulatif pemberian vaksin di Malaysia kepada 21.6 juta penerima setakat semalam.

 

Jumlah kumulatif itu terdiri daripada 14.4 juta penerima dos pertama dan 7.1 juta penerima vaksin bagi dos kedua.

 

Bagi peratusan populasi divaksin pula, peratusan menunjukkan peningkatan kepada 44.3%.

 

Sebanyak 22.0% daripadanya adalah mereka yang telah melengkapkan dua dos suntikan. - DagangNews.com