Affin Hwang 'potong' unjuran pendapatan Malaysia Smelting bagi FY23, FY24 sebanyak 34% dan 21% akibat tekanan harga timah | DagangNews Skip to main content

Affin Hwang 'potong' unjuran pendapatan Malaysia Smelting bagi FY23, FY24 sebanyak 34% dan 21% akibat tekanan harga timah

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Mac - Affin Hwang menyemak turun unjuran pendapatan Malaysia Smelting Corporation Berhad (MSC) bagi FY23, FY24 sebanyak 34% dan 21%.

 

Firma itu berkata, harga biji timah dijangka kekal di bawah tekanan dalam tempoh terdekat berikutan kelemahan asas makroekonomi.

 

Katanya, dari segi penawaran, firma itu berkata, lombong San Rafael menyumbang 9% daripada bijih timah dunia sedang memulakan semula operasinya, menyebabkan harga kembali normal kepada AS$22,000 setiap tan.

 

"MSC merupakan penerima manfaat harga timah yang lebih kukuh dan dolar Amerika Syarikat (AS).

 

"Analisis kami mendedahkan bahawa perubahan sebanyak AS$1,000 kepada purata harga jualan akan memberi kesan kepada unjuran pendapatan 2023 kami sebanyak kira-kira 6.5%.

 

"Setiap 0.10 kenaikan/susut nilai dalam dolar AS berbanding ringgit memberi kesan kepada pendapatan kira-kira 2.5% dan begitu juga sebaliknya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu menyemak turun penarafan kumpulan itu kepada 'jual' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM1.40 berbanding RM2.10 sesaham.

 

Sementara itu, firma itu berkata, kilang Pulau Indah baharu kumpulan beroperasi pada kapasiti 90% pada akhir 2022.

 

"Loji peleburan adalah lebih cekap daripada yang lebih lama di Butterworth dan akan memperoleh hasil yang lebih kukuh dan memberikan penjimatan kos.

 

"Loji Butterworth akan ditutup secara beransur-ansur sehingga 2024," katanya. - DagangNews.com