Ajinomoto perluas Projek Kesedaran Pemakanan Sukan ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah | DagangNews Skip to main content

Ajinomoto perluas Projek Kesedaran Pemakanan Sukan ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah

Projek ini berjaya mengumpulkan lebih daripada 1,050 atlet pelajar melibatkan sekolah dari BJSS, SSMP, dan SSMS yang telah diberikan pendidikan mengenai pemakanan sukan melalui ceramah pendidikan.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 Sept - Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) memperluaskan Projek Kesedaran Pemakanan Sukan ke Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) tahun ini sebagai sebahagian inisiatif Penciptaan Nilai Bersama bagi menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan atlet pelajar dalam mencapai kemenangan.

 

AMB memaklumkan, Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) menjadi sekolah pertama yang dipilih pada 2019 bagi projek ini sebelum diteruskan ke Sekolah Sukan Pahang Malaysia (SSMP) pada 2022 dengan sokongan yang berterusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

 

Katanya, projek ini berjaya mengumpulkan lebih daripada 1,050 atlet pelajar melibatkan sekolah dari BJSS, SSMP, dan SSMS yang telah diberikan pendidikan mengenai pemakanan sukan melalui ceramah pendidikan.

 

"Ia termasuk penyediaan hidangan menerusi Program Pemakanan Sukan Winning Meals Kachimeshi, poster, dan sudut maklumat yang disediakan oleh AMB.

 

"AMB berharap dengan kerjasama antara KPM dan sekolah sukan kebangsaan akan terus memberi manfaat kepada lebih banyak atlet pelajar melalui pemakanan seimbang dan pengambilan diet yang lebih sihat," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Terdahulu, projek tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Pelajar & Pengurusan Sekolah, Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian Kementerian Pendidikan, Ezaiddin Hussain bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan AMB, Riichiro Osawa, baru-baru ini.

 

 

ajinomoto

 

 

Tambah kenyataan itu, AMB akan terus menyokong dan menyumbang kepada peningkatan semangat sukan Malaysia dalam mencapai 'kemenangan' dengan menggalakkan atlet muda untuk "Eat Well, Live Well" bersama Ajinomoto. - DagangNews.com