Ajiya catat untung bersih RM16.7 juta bagi 2Q didorong peningkatan hasil jualan | DagangNews Skip to main content

Ajiya catat untung bersih RM16.7 juta bagi 2Q didorong peningkatan hasil jualan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Ajiya Bhd mencatatkan untung bersih sebanyak RM16.7 juta pada suku kedua berakhir 31 May 2024 berbanding RM12.9 juta  pada tahun sebelumnya didorong peningkatan hasil jualan produk kumpulan itu.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, hasil bagi suku berkenaan juga meningkat kepada RM87.9 berbanding RM67.6 juta pada tahun lalu.

 

"Keuntungan bagi tempoh semasa disumbangkan aripada keuntungan nilai saksasma ke atas pelaburan lain dan aktiviti operasi," katanya.

 

Mengulas mengenai prospek, kumpulan itu berkata, mereka akan memberi tumpuan kepada meningkatkan aliran operasi kerja, penggunaan sumber, mengurangkan pembaziran dan mengekalkan operasi yang efektif.

 

Katanya, usaha itu boleh membawa kepada peningkatan kecekapan, penjimatan kos dan kemampanan keseluruhan.

 

"Dengan sokongan rakan kongsi strategik, kumpulan ini akan memanfaatkan kepakaran dan sumber bagi mendapatkan akses pasaran, teknologi dan peluang baharu serta bekerjasama dalam projek yang sejajar dengan objektif kumpulan dan meningkatkan daya saing," katanya. - DagangNews.com