AmBank yakin Sime Darby Property catat rekod kewangan lebih kukuh bagi suku keempat   | DagangNews Skip to main content

AmBank yakin Sime Darby Property catat rekod kewangan lebih kukuh bagi suku keempat  

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
nabila@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 29Nov - AmInvestment Bank yakin untung bersih suku keempat tahun kewangan 2021 Sime Darby Propety akan lebih kukuh, sama seperti pendapatannya bagi suku pertama tahun ini sebanyak RM62 juta.

 

Firma penganalisis itu berkata, ia disokong oleh tempahan kukuh kumpulan sebanyak RM1.7 bilion pada 7 November 2021, yang bersamaan dengan 71% daripada sasaran jualan tahun kewangan 2021 serta kemajuan pengebilan yang lebih tinggi serta aktiviti pembinaan.

 

"Kami mengekalkan panggilan 'Kekal' pada Sime Darby Property dengan nilai saksama tidak berubah sebanyak RM0.67/saham," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Untuk rekod, Sime Darby Property mencatatkan jumlah jualan baharu untuk tempoh 9 bulan tahun kewangan 2021 sebanyak RM1.9 biion atau 80% daripada sasaran jualan tahun ini sebanyak RM2.4 bilion.

 

Jualan tidak dibil Kumpulan meningkat 14% suku ke suku kepada RM2.1 bilion di mana 66% akan diiktiraf menjelang tahun kewangan 2022.

 

"Kumpulan itu telah berjaya melancarkan projek bernilai RM2.3 bilion dalam nilai pembangunan kasar (GDV) pada 9 bulan tahun ini, memenuhi 59% daripada sasaran pelancaran baharu 2021 sebanyak RM3.9 bilion. 

 

Dalam suku ketiga, Kumpulan telah merekodkan pelancaran baharu dengan GDV sebanyak RM640 juta disumbangkan kediaman bertanah (RM93 juta) dan produk kediaman bertingkat tinggi, komersial dan berkanun (RM547 juta). 

 

Produk kediaman atas tanah di Lyra 3, Bandar Bukit Raja 2 dan Anggun, Bandar Ainsdale diterima baik dengan kadar pengambilan lebih daripada 85% walaupun telah ditutup.

 

"Melangkah ke hadapan, Kumpulan itu secara agresif merancang pelancaran baharu dengan jumlah GDV sebanyak RM1.6 bilion pada suku keempat 2021, memanfaatkan potensi permintaan terpendam daripada penghuni rumah menjelang akhir tahun sebelum insentif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) tamat pada 31 Disember 2021. 

 

"58% daripada GDV pelancaran tersebut merupakan produk rsidensi kediaman di Bukit Jelutong, Bukit Jelutong, City of Elmina, Bandar Bukit Raja 2, Bandar Ainsdale, Serenia City dan Nilai Impian," katanya. -DagangNews.com