AmInvestment sifatkan tahun 2021 tahun positif buat sektor perladangan | DagangNews Skip to main content

AmInvestment sifatkan tahun 2021 tahun positif buat sektor perladangan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - AmInvestment Bank Berhad menyifatkan 2021 sebagai tahun yang positif buat sektor perladangan selepas disokong kenaikan harga produk sawit di pasaran melebihi 50% berbanding 2020. 

 

Firma penyelidikan itu berkata, harga purata minyak sawit adalah sebanyak RM4,417 bagi satu tan berbanding RM2,765 pada 2020, bagaimanapun kebanyakan syarikat sedikit terkesan akibat harga rendah di Indonesia namun syarikat seperti Hup Seng tidak terkesan kerana tidak memiliki sebarang ladang di negara itu.

 

Pengeluaran buah tandan segar (FFB) meningkat antara 1.4% hingga 10.9% pada 2021 namun ia agak terkesan akibat kekurangan pekerja di Malaysia selain musim kemarau yang melanda pada 2019.

 

"Bagaimanapun Kuala Lumpur Kepong (KLK) berjaya mendapatkan IJM Plantations dan TSH Resources selain memiliki operasi di Indonesia dan kami juga percaya kebanyakan pemilik ladang di Malaysia berdepan masalah kekurangan pekerja antara 105 hingga 30%.

 

"Pekerja asing dijangka tiba di Malaysia pada 2H2022, walaupun berlaku kelewatan namun perkembangan FFB pada 2022F dijangka positif," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, kos penghasilan bagi setiap tan pada 2021 meningkat ketara akibat peningkatan harga baja selain gaji pekerja namun diimbangi diimbangi oleh peningkatan dalam jumlah pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) dan isirung sawit.

 

"Kos baja dijangka akan meningkat lebih daripada 50% berbanding tahun ke tahun pada 1H2022," katanya.

 

Bagaimanapun, margin perolehan sebelum faedah dan cukai (EBIT) untuk aktiviti hiliran agak medatar meskipun berlaku peningkatan dari segi harga jualan akibat peningkatan kos bahan mentah bagi pembuatan dalam segmen oleokimia dan penapisan namun ia kembali meningkat sebanyak 3.8% pada 4Q2021 berbanding 0.9% pada 4Q2020.

 

"Kami mengunjurkan purata harga MSM pada 2022F adalah sekitar RM4,000 satu tan bagi kebanyakan syarikat," katanya. - DagangNews.com