AmInvestment unjur inflasi di paras antara 2.5% hingga 3.5% pada 2024 | DagangNews Skip to main content

AmInvestment unjur inflasi di paras antara 2.5% hingga 3.5% pada 2024

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Okt - AmInvetsment Bank Research mengunjurkan inflasi pada 2024 berada dalam julat antara 2.5% hingga 3.5% selepas mengambil kira rasionalisasi subsidi serta kesan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST). 

 

Bagi tahun ini, firma penyelidikan itu berkata, inflasi berada pada julat 2.5% hingga 3%. Berdasarkan ramalan kerajaan, inflasi dijangka antara 2.1% hingga  3.6% pada tahun hadapan.

 

Katanya, julat yang luas mencerminkan peralihan beransur-ansur ke arah mekanisme subsidi bersasar yang dijangka direalisasikan pada 2024.

 

"Bagaimanapun, risiko keapda prospek inflasi kami condong adalah positif  sekiranya skop rasionalisasi meluas kepada RON95," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

AmInvestment mengekalkan pandangan bahawa ekonomi akan berkembang sebanyak 4% pada tahun ini dan 4.5% pada 2024.

 

Katanya, eksport dijangka pulih pada 2024 memandangkan tekanan inflasi yang semakin berkurangan di sepanjang ekonomi utama yang membayangkan bahawa pengetatan dasar monetari di kalangan bank pusat utama berada di penghujung.

 

Eksport sebenar Malaysia dijangka berkembang sebanyak 5.1% pada 2024 selepas menguncup pada 2023.

 

"Mengenai perkembangan perdagangan global, Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) menjangkakan bahawa perdagangan berkembang sebanyak 3.3% pada 2024 bertepatan dengan peningkatan dalam perdagangan global, didorong oleh pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang stabil.

 

"Di peringkat domestik, langkah-langkah yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 yang kami lihat sebagai mesra penggunaan antara lain termasuk peruntukan yang lebih tinggi untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM10 bilion," katanya. - DagangNews.com