Baharom Embi dilantik pengerusi baharu Co-opbank Pertama, berkuatkuasa 30 Oktober 2021 | DagangNews Skip to main content

Baharom Embi dilantik pengerusi baharu Co-opbank Pertama, berkuatkuasa 30 Oktober 2021

 

KUALA LUMPUR 30 Okt - Co-opbank Pertama (CBP) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Baharom Embi sebagai Pengerusi yang baharu berkuat kuasa 30 Oktober 2021.

 

Menurut CBP, Baharom mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam industri kewangan yang dapat memacu CBP ke satu peringkat yang lebih tinggi.

 

Beliau merupakan graduan dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi dan Kewangan dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Sistem Sokongan Keputusan) dari New Hampshire College, Manchester, Amerika Syarikat.

 

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik sebagai Pengerusi CBP adalah sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional (TEKUN) sejak Februari 2015.

 

Beliau juga pernah berkhidmat dengan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) selama 27 tahun dengan memegang beberapa jawatan di peringkat pengurusan.

 

Co-opbank Pertama Co-opbank Pertama (CBP) telah ditubuhkan pada 7 Jun 1950. Pada September 2014, CBP telah diiktiraf oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia sebagai sebuah coopbank.

 

CBP mempunyai 29 buah cawangan termasuk outlet di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

 

CBP menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan patuh Syariah seperti Pembiayaan Individu, Koperasi serta Korporat, Ar-Rahnu, Deposit, Syer Keanggotaan serta Takaful dan Wasiat. Sila layari www.cbp.com.my untuk maklumat lanjut. - DagangNews.com