Bekas Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang dilantik sebagai Pengerusi baharu G Capital | DagangNews Skip to main content

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang dilantik sebagai Pengerusi baharu G Capital

KUALA LUMPUR 21 Nov - G Capital Bhd telah melantik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang sebagai pengerusi eksekutifnya berkuat kuasa serta-merta.

 

Dalam satu kenyataan hari ini, penyedia penyelesaian tenaga boleh diperbaharui (RE) berkata pelantikan Affendi, 61, adalah sebahagian daripada komitmen berterusan kumpulan itu untuk merintis kemajuan tenaga mampan, lapor The Edge.

 

Affendi telah berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama lebih empat dekad, di mana beliau adalah Panglima Tentera Udara ke-18 negara dan Panglima Angkatan Pertahanan ke-21.

 

Pengarah Eksekutif G Capital, Datuk Yap Yee Ping berkata pelantikan Affendi ke lembaga pengarah akan menjadi tambahan yang tidak ternilai untuk mengukuhkan pasukannya.

 

“Tan Sri Affendi mempunyai kepimpinan yang kukuh dan akauntabiliti dalam disiplin ketenteraan yang terkenal… yang akan memacu kedudukan pertumbuhan G Capital dalam bidang RE,” tambahnya.

 

Selain pengalaman ketenteraan yang luas, Affendi juga memiliki Ijazah Sarjana Sastera dalam Pengajian Strategik dari Universiti Deakin.

 

Sementara itu, Affendi melahirkan rasa teruja untuk memegang jawatan sebagai pengerusi eksekutif di G Capital.

 

“Kerjaya ketenteraan saya telah memberikan saya kemahiran dan pengalaman yang akan terbukti tidak ternilai dalam membawa G Capital ke tahap kejayaan baharu dalam sektor tenaga boleh diperbaharui yang dinamik dan berdaya saing,” katanya.

 

Setakat pukul 4:36 petang ini, saham G Capital kekal pada 39 sen dengan permodalan pasaran sebanyak RM127 juta.  - DagangNews.com