Beli Vespa secara dalam talian bersama pelan bayar mudah tanpa faedah 0% sehingga 36 bulan | DagangNews Skip to main content

Beli Vespa secara dalam talian bersama pelan bayar mudah tanpa faedah 0% sehingga 36 bulan


KUALA LUMPUR 30 Okt – Buat pertama kali di Malaysia, pelanggan boleh membeli Vespa secara dalam talian menerusi pelan pembayaran mudah 0%, dengan penawaran tambahan tertentu, di www.dreamshop.com.my.

 

Kerjasama ini menandakan ketibaan Vespa dalam ruangan e-dagang, memberikan kemudahan dan nilai membeli belah tambahan buat pelanggan dalam talian.

 

Bercakap di majlis pelancaran, Juan Chow Wee, Pengurus Besar Didi Resources Sdn. Bhd. berkata “Satu tinjauan runcit baru-baru ini mendedahkan bahawa Malaysia mendahului dari kalangan negara Asia Tenggara dalam e-beli belah.

 

Menjelang akhir tahun 2021, sembilan daripada 10 rakyat Malaysia dijangka membeli-belah dalam talian.

 

Oleh itu, kerjasama dengan Dreamshop yang merupakan suatu platform e-dagang yang menawarkan pelbagai rangkaian produk serta baucar hadiah, adalah suatu kerjasama yang tepat pada masanya.

 

Hari ini, Malaysia mempunyai 22 juta pengguna (88% daripada jumlah penduduk Malaysia) yang membeli-belah secara dalam talian, mendahului purata Asia Tenggara (SEA) sebanyak 78%.

 

Ini berikutan dengan pandemik COVID-19 yang telah membawa kepada ledakan penggunaan e-pembayaran, logistik yang lebih baik dan peranan platform e-dagang yang dipertingkat. 

 

“Untuk menggabungkan pemasaran secara dalam talian dan luar talian, kami akan melancarkan ‘roadshow’ ke seluruh negara bersama Dreamshop untuk berjumpa dan berhubung dengan bakal pelanggan yang akan diberi peluang untuk menunggang uji, mendapatkan pakej promosi istimewa dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti menarik,” tambah Juan.

 

Melalui Dreamshop, pelanggan kini boleh membeli Vespa ikonik menerusi pelan pembayaran mudah 0% daripada 11 bank dengan hanya beberapa klik, menjadikannya menarik dan mudah untuk dimilliki.

 

Sebanyak 11 bank yang menawarkan pelan ansuran tanpa faedah 0% di Dreamshop.com.my untuk pembelian Vespa iaitu Malayan Banking Bhd (Maybank), United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank, OCBC Bank (Malaysia) Bhd dan Alliance Bank Malaysia Berhad.

 

Pelanggan boleh menikmati tawaran tambahan seperti:

  • Ahli kad RHB Bank bakal mendapat rebat sebanyak RM200 untuk lima pembelian pertama Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%. Promosi sah dari sekarang sehingga 15 April 2022. (Kod Promosi: RHB200)
  • Ahli kad AmBank mendapat mata tambahan 30% bonus points untuk setiap pembelian Vespa di bawah Pelan Pembayaran Mudah 0%.
  • Ahli kad CIMB mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM 100. Promosi sah dari 1 November sehingga 31 Disember 2021. (Kod Promosi: CIMB10)
  • Dengan setiap pembelian Vespa melalui Dreamshop, pelanggan akan menerima HADIAH PERCUMA bernilai RM300 – berupa kemeja T Vespa, Helmet Vespa dan Rantai Kunci Vespa.

 

 

Ikon gaya Itali yang hadir dengan lapan model yang kini tersedia untuk pembelian di Dreamshop ialah:

  1. Vespa Primavera 150 ABS Black Vulcano @ harga serendah RM475 sebulan
  2. Vespa Primavera 150 ABS Grey Materia @ harga serendah RM495 sebulan
  3. Vespa Primavera S150 ABS @ harga serendah RM525 sebulan
  4. Vespa Sprint 150 ABS@ harga serendah RM506 sebulan
  5. Vespa Sprint S 150 ABS @ harga serendah RM506 sebulan
  6. Vespa Sprint S150 TFT ABS @ harga serendah RM595 sebulan
  7. Vespa GTS Super Sport 300 HPE ABS @ harga serendah RM864 sebulan
  8. Vespa GTS 75TH 300 HPE ABS @ harga serendah RM1,164 sebulan

     

 

*Harga yang dinyatakan di atas adalah untuk Semenanjung Malaysia dan harga jualan tanpa insurans. – DagangNews.com