CelcomDigi, Amazon Web Services jalin kerjasama cipta rumusan penjanaan kecerdasan buatan | DagangNews Skip to main content

CelcomDigi, Amazon Web Services jalin kerjasama cipta rumusan penjanaan kecerdasan buatan

CelcomDigi dan Amazon Web Services memeterai perjanjian kerjasama bagi memanfaatkan keupayaan AWS untuk mencipta bersama rumusan penjanaan kecerdasan buatan (AI). - Gambar NSTP
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Feb - CelcomDigi Bhd dan Amazon Web Services (AWS), peneraju awan dunia, memeterai perjanjian kerjasama bagi memanfaatkan keupayaan AWS untuk mencipta bersama rumusan penjanaan kecerdasan buatan (AI) bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan operasi dan menyampaikan pengalaman pengguna yang dipertingkatkan. 

 

Syarikat telekomunikasi itu berkata, dengan menggunakan Amazon Bedrock, perkhidmatan diurus sepenuhnya yang menawarkan organisasi pilihan terhadap model asas berprestasi tinggi daripada syarikat-syarikat peneraju AI menerusi API tunggal, bersama dengan set keupayaan yang luas bagi membina aplikasi penjanaan AI dengan ciri keselamatan, privasi, AI bertanggungjawab.

 

Katanya, CelcomDigi akan mewujudkan sebuah AS Sandbox, dipacu menerusi pusat inovasi miliknya, untuk kakitangan melakukan eksperimen, inovasi dan melaksanakan rumusan penjanaan AS. 

 

"Ini termasuk memanfaatkan kepakaran juru IT CelcomDigi serta keupayaan AI yang ada pada AWS serta pakar-pakar bagi membangunkan rumusan penjanaan AI untuk kes gunaan yang akan disepadukan ke dalam platform operasi CelcomDigi untuk sumber manusia, perkhidmatan pelanggan, perundangan, kewangan dan banyak lagi.

 

"Sebagai sebahagian daripada komitmen bersama bagi membangunkan bakat AI dan digital di Malaysia, CelcomDigi dan AWS juga akan bekerjasama melatih kakitangan CelcomDigi mengenai keupayaan AI. 

 

"CelcomDigi telah memulakan pembangunan dan integrasi AI chatbot bantuan berasaskan pengetahuan sedia adanya dengan Amazon Bedrock, bagi mewujudkan platform sehenti pengetahuan dan penjanaan data yang memberikan kakitangan akses mudah kepada maklumat berkaitan organisasi dan HR, menghapuskan proses kerja tradisional dengan teknologi AI dan menambah baik pengalaman kakitangan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

 

Pada majlis itu, perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi dan Pengarah Perusahaan ASEAN AWS, Vikram Rao, yang disaksikan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kongres Mudah Alih Sedunia 2024 di Barcelona, Sepanyol.

 

 

celcomdigi
Vikram Rao (tiga, kiri), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din (tengah) dan Datuk Idham Nawawi (tiga, kanan) ketika memeterai perjanjian kerjasama di Kongres Mudah Alih Sedunia 2024 di Barcelona, Sepanyol pada 27 Februari 2024.

 

 

Menurut kenyataan itu, pada Amazon Bedrock, CelcomDigi akan membangunkan dan melaksanakan algoritma berbahasa Melayu dengan Large Language Models (LLM) Amazon Bedrock bernama Amazon Titan dan Anthropic Claude.

 

Katanya, ia memiliki algoritma pembelajaraan mendalam yang boleh memperoses bahasa secara mudah, menjadi rumusan seperti chatbot untuk berkomunikasi dengan para pelanggan yang terdiri daripada berbilang bahasa dan budaya. 

 

"CelcomDigi dan AWS juga akan meneroka penggunaan kes guna penjanaan AI yang diperibadikan untuk perniagaan Malaysia di seluruh industri dan pengguna," katanya.

 

Sementara itu, Idham berkata, menerusi penggunaan rumusan penjanaan AI Amazon Web Service, pihaknya boleh mencipta lebih banyak kemungkinan untuk pembangunan bakat masa hadapan dan mencapai kecemerlangan operasi di seluruh organisasi mereka. 

 

"Inisiatif ini juga membolehkan kami menghalusi rumusan-rumusan ini dan membawakan manfaat dan nilai kepada pelanggan kami dan seluruh industri perusahaan di Malaysia. Kami mengalu-alukan untuk bekerja rapat dengan AWS sebagai sebahagian aspirasi kami untuk membina ekosistem digital negara ini," katanya. - DagangNews.com