CGS-CIMB kekal saranan 'beli' ke atas AMMB berdasarkan kepada LLP, pertambahan pendapatan faedah bersih | DagangNews Skip to main content

CGS-CIMB kekal saranan 'beli' ke atas AMMB berdasarkan kepada LLP, pertambahan pendapatan faedah bersih

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Feb - Firma penyelidikan, CGS CIMB Research mengekalkan saranan 'beli' ke atas saham AMMB Holdings Berhad dengan sasaran harga RM3.64 berdasarkan kepada peruntukan pemulihan pinjaman (LLP) dan pertambahan pendapatan faedah bersih.

 

Katanya, keuntungan AMMB pada 3QFY22 melonjak kepada 52.9% (pertambahan 25.6% suku atas suku) dan ia didorong oleh hapus kira dalam cukai.

 

Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai 3QFY22 menurun sebanyak 14%, berpunca daripada peningkatan sebanyak 14.6% LLP.

 

"Kesan positif daripada 3QFY22 adalah berpunca daripada penurunan mendadak sebanyak 47.2% dari segi pinjaman di bawah bantuan pembayaran balik dari 21 November 2021 hingga 22 Feb 2022.

 

"Peningkatan berterusan dalam tindanan pengurusan ( pertambahan RM44.9 juta pada 3QFY22) kepada RM945.2 juta pada akhir 21 Disember 2021 (58.8% daripada pinjaman terjejas kasar) dan pinjaman di bawah skim Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) sebanyak RM70 juta tidak memberi kesan kepada keuntungannya," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Terdahulu, AMMB mencacatkan keuntungan bersih hampir 53% pada 3QFY22 yang berakhir pada 31 Disember 2021 kepada RM403.29 juta berbanding RM263.83 juta pada suku sama tahun sebelumnya akibat peruntukan pinjaman lebih tinggi kepada industri minyak & gas (O&G) tempatan.

 

Firma penyelidikan itu mengunjurkan kuntungan teras kumpulan itu sebanyak RM251.9m bagi 4QFY22F dan ia mewakili penurunan suku atas suku (qoq) sebanyak 37.5%.

 

Selain itu, firma itu menjangkakan cukai yang dikembalikan sebanyak RM235.4 juta pada 3QFY22 tidak akan mampan. - DagangNews.com