Courtsite, Perbadanan Stadium Malaysia bekerjasama pacu perubahan ekosistem sukan negara secara digital | DagangNews Skip to main content

Courtsite, Perbadanan Stadium Malaysia bekerjasama pacu perubahan ekosistem sukan negara secara digital

(Dari kiri) Penolong Pengurus Kanan (Pemasaran dan Pengurusan Acara PSM), Haslinawati Abu Hassan; Ketua Pegawai (Pemasaran dan Pengurusan Acara PSM), Khairul Azhar Sardar Mohamad, Samuel Siew dan Pengarah Courtsite, Datuk Sheah Kok Fah. 
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 2 Jan - Penggiat teknologi sukan tempatan, Courtsite mengambil langkah ke hadapan untuk memperkasakan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dalam bersama-sama memacu perubahan dalam ekosistem sukan di Malaysia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi berkata, usaha itu selaras dengan komitmen pihaknya untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

 

Beliau berkata, ia terbukti dengan pengumuman Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini untuk membenarkan sekolah-sekolah mengadakan hari sukan di tiga lokasi kendalian PSM, iaitu KL Sports City, Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara secara percuma bermula Oktober 2023.

 

Katanya melalui Courtsite, PSM mengautomasikan sepenuhnya proses tempahan, seterusnya memperkemaskan sistem tempahan dan mengurangkan kos operasi dengan ketara, yang mana semua kemudahan PSM kini boleh diakses 24/7 hasil daripada usaha Courtsite.

 

“Melalui kerjasama bersama dengan Courtsite sejak April 2023, PSM mendapati platform ini boleh membawa kepada peningkatan kecekapan, kebolehcapaian dan memberikan faedah kepada peminat dan fasilitator sukan. 

 

"Pengagregatan semua alatan pengurusan yang diperlukan di bawah satu bumbung telah membuka jalan ke arah transformasi pendigitalan sukan secara amnya. 

 

"Semua yang terlibat dalam pengurusan dan pengoperasian di PSM menyambut baik pelaksanaan yang dibuat pihak Courtsite dan berharap penerapan ini akan berkembang lebih jauh ke seluruh negara," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

 

courtsite

 

 

courtsite

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif Courtsite, Samuel Siew pula berkata, pihaknya memproses lebih 3,000,000 jam tempahan setakat ini dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 200,000 pengguna di 90 kemudahan sukan di seluruh negara.

 

 

courtsite

 

 

"Secara khususnya, golongan milenial dan Gen Z yang lebih celik teknologi dan berfikiran ke hadapan, kini berada di kedudukan terbaik untuk memanfaatkan penggunaan Courtsite bagi membuat tempahan kemudahan sukan termasuk kemudahan PSM dan banyak lagi," katanya. - DagangNews.com