Digi.com berdepan risiko pendapatan lemah akibat saingan sengit - MIDF Research | DagangNews Skip to main content

Digi.com berdepan risiko pendapatan lemah akibat saingan sengit - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 5 Mei - MIDF Research menjangkakan Digi.com berdepan risiko pendapatan lebih lemah daripada jangkaan akibat persaingan daripada penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang lain selain ketidakpastian pelaksanaan 5G.

 

Pada masa sama, penggabungan melibatkan Digi dan Celcom masih dalam proses dan ia tertakluk kepada kelulusan, sekiranya berjaya, urus niaga itu dijangka siap sepenuhnya pada 2HFY22.

 

"Pada masa sama, pelaksanaan 5G menerusi Rangkaian Borong Tunggal (SWN) masih dalam perbincangan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, perkhidmatan mudah alih bagi 1QFY22 mencatatkan penguncupan sebanyak -2.2% kepada RM1.31 bilion disebabkan olehpenurunan momentum dari segi komersial dalam segmen prabayar serta sumbangan lebih rendah dalam segmen digital dan ia membayangi pertumbuhan pascabayar, B2B (perniagaan kepada pernigaan) dan gentian. 

 

Tanpa mengambil kira margin yang lebih rendah dalam segmen digital, penurunan pendapatan dalam segmen perkhidmatan mengecil sebanyak -0.7% memberi bayangan kemajuan yang stabil ke arah pertumbuhan hasil perkhidmatan pada 2022. 

 

"Secara keseluruhan pelanggan mersosot sebanyak 9,000 dari tahun ke tahun kepada 10.2 juta akibat pengurangan nilai yang lebih rendah, pelanggan bukan internet kerana Digi memberi tumpuan kepada pembinaan dan mengekalkan pembangunan pelanggan yang berkualiti," katanya.

 

Firma itu berkata, pendapatan Digi bagi segmen pascabayar untuk 1Q22 meningkat sebanyak +2.6% kepada RM633 juta yang disokong oleh perkembangan langganan dan pengurusan yang efektif.

 

"Segmen itu mengekalkan momentum perkembangan pelanggan dengan pertambahan sebanyak 249,000 dari tahun ke tahun sebanyak 3.3 juta menerusi pengambilalihan dengan penawaran pelan perkhidmatan yang menarik," katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah iaitu RM3.80 berbanding RM4.45. - DagangNews.com