Dreamshop-PolicyStreet.com bekerjasama tawarkan insurans kereta tanpa faedah daripada pelbagai firma insurans & 10 bank | DagangNews Skip to main content

Dreamshop-PolicyStreet.com bekerjasama tawarkan insurans kereta tanpa faedah daripada pelbagai firma insurans & 10 bank

KUALA LUMPUR 11 Nov – Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk, bersama Syarikat Permulaan Teknologi Insurans, PolicyStreet.com mengumumkan kerjasama pertama dalam pasaran yang menawarkan insuran Pelan Pembayaran Ansuran kereta 0% tanpa-faedah  dengan sepuluh (10) syarikat insurans menerusi (10) bank utama di Malaysia.

 

Dreamshop & PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ bakal merevolusikan kaedah buat pemilik kereta di Malaysia dalam membandingkan sebut harga daripada syarikat insurans, membeli, memperbaharui dan membayar insurans kereta, semuanya dilakukan secara atas talian yang boleh dilakukan dari mana-mana sahaja.

 

Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop.com.my, Rosalie Lin,  berkata, kemudahan pembelian insurans dalam talian dengan Pelan Pembayaran Ansuran 0% tanpa faedah ini adalah yang pertama seumpamanya di pasaran.

 

Menurutnya, sebagai platform e-dagang yang ingin menjadikan impian pelanggan satu kenyataan, pihaknya sentiasa berusaha merealisasikan pembelian impian mereka melalui Dreamshop.

 

Katanya, kerjasama ‘Car Insurance Made Easy’ dengan PolicyStreet merupakan satu peristiwa penting untuk Dreamshop kerana ia menandakan sambungan tawaran pihaknya dalam bidang Perkhidmatan.

 

Beliau berkata, pengalaman membeli dan memperbaharui insurans motor akan direvolusikan dengan pelancaran ‘Car Insurance Made Easy’, yang semuanya boleh dilakukan serta-merta secara digital dengan Pelan Pembayaran Ansuran 0% sehingga 36 bulan dengan sepuluh bank utama di Malaysia.

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet.com, Yen Ming Lee berkata, pihaknya berusaha untuk menyediakan penyelesaian insurans alternatif yang lebih mudah dan berpatutan untuk pelanggan.  

 

‘’Hari ini, kami bekerjasama dengan lebih daripada 40 penyedia insurans dan takaful di Malaysia yang menawarkan kaedah dan pilihan terbaik untuk pelanggan kami.

 

‘’Bersama dengan Dreamshop, kini kami menawarkan kemampuan ke tahap seterusnya dengan membenarkan pelanggan kami membeli insurans dengan Pelan Pembayaran Ansuran.

 

‘’Kerjasama ini dilihat tepat pada masanya kerana kita kini berada di fasa pemulihan pandemik COVID-19 dan kami ingin meringankan beban kewangan buat pelanggan kami yang terkesan,” kata Yen Ming Lee,

 

 

dreamshop

 

 

Sepuluh (10) polisi insurans kereta komprehensif yang tersedia di Dreamshop.com.my ialah AXA Affin General Insurance Berhad, Berjaya Sompo Insurance Bhd, Tune Protect Group Berhad, Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, Pacific & Orient Insurance Co. Bhd, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad, MSIG Insurance Berhad, RHB Insurance Berhad, Zurich General Insurance Malaysia Berhad dan Etiqa General Takaful Berhad.

 

Pelancaran ‘Car Insurance Made Easy’ juga membolehkan pemilik kenderaan persendirian memperbaharui dan mendapatkan nota perlindungan insurans mereka dalam tempoh 24 jam pada hari bekerja.

 

Tambahan pula, pelanggan kini boleh memilih pembaharuan cukai jalan sebagai perkhidmatan tambahan pada kadar rata melalui platform insurans kereta dan salinan fizikal akan dihantar kepada mereka, semuanya dilakukan dengan hanya beberapa klik saja.

 

Sepuluh (10) bank yang menawarkan Pelan Pembayaran Ansuran 0% tanpa faedah di Dreamshop.com.my termasuklah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

 

Dreamshop & PolicyStreet ‘Car Insurance Made Easy’ menerima kad kredit daripada kebanyakan bank-bank utama di Malaysia. Bayaran minimum untuk 6 bulan ialah RM500 (kecuali CIMB RM600), manakala bayaran minimum untuk 12 bulan ialah RM1,000 (kecuali CIMB RM1,200). – DagangNews.com

 

 

 

# # #