Equinix lantik Cheam Tat Inn sebagai Pengarah Urusan Malaysia | DagangNews Skip to main content

Equinix lantik Cheam Tat Inn sebagai Pengarah Urusan Malaysia

Cheam Tat Inn
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 22 Nov - Cheam Tat Inn sebagai Pengarah Urusan Equinix Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

 

Equinix, Inc. dalam satu kenyataan media hari ini berkata pelantikan Cheam akan memimpin strategi pengembangan dan pertumbuhan Equinix di Malaysia, termasuk pusat data International Business Exchange (IBX) KL1 di Kuala Lumpur dan JH1 di Johor, yang diumumkan baru-baru ini.

 

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Cheam akan melaporkan kepada Presiden Equinix Asia-Pasifik, Jeremy Deutsch.

 

“Pengalaman luas Cheam dalam landskap Malaysia dan prestasi cemerlang beliau bakal membantu pelanggan dalam memanfaatkan teknologi baharu, sejajar dengan misi syarikat untuk memperluas infrastruktur digital dan ekosistem di Malaysia untuk memacu transformasi digital pelanggan,” kata Jeremy.

 

Cheam merupakan veteran industri teknologi maklumat (IT) dan mempunyai pengalaman selama lebih daripada tiga dekad dalam memacu pertumbuhan perniagaan.

 

Sebelum ini, beliau juga memegang peranan kepimpinan di syarikat-syarikat teknologi terkemuka, termasuklah SAS, The Center of Applied Data Science (CADS), EMC, Sun Microsystems, Nortel Networks, dan Compaq Computers.

 

Cheam juga merupakan lepasan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Henley Business School, United Kingdom.

 

Cheam berkata pengalaman beliau lebih daripada 25 tahun dalam pengendalian pusat data bertahap dunia dan pengendali-berkecuali (carrier-neutral), Equinix berada di posisi yang tepat untuk menyokong visi Malaysia muncul sebagai sebuah negara digital.

 

“Saya tidak sabar untuk bekerja rapat bersama pasukan untuk memperluaskan lagi kehadiran Equinix serta memudahcarakan pelanggan kami dalam memanfaatkan peluang yang hadir menerusi ekonomi digital,” tambahnya.  - DagangNews.com