FAOM, PRecious Communications tingkatkan kesedaran terhadap fintech di Malaysia | DagangNews Skip to main content

FAOM, PRecious Communications tingkatkan kesedaran terhadap fintech di Malaysia

[Foto hiasan]
Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 22 Nov - Persatuan Fintech Malaysia (FAOM) menjalin kerjasama strategik dengan agensi perhubungan awam serantau beribu pejabat di Singapura, PRecious Communications, yang akan menyokong usaha memacu kesedaran terhadap fintech kepada jangkauan lebih besar.

 

FAOM merupakan persatuan yang ditubuhkan pada 2016 dan berperanan penting dalam memacu pelbagai inisiatif fintech di Malaysia, serta telah memperoleh pengiktirafan daripada Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan badan berkanun lain yang diamanahkan oleh kerajaan untuk membangunkan dan mengurus industri industri kewangan digital.

 

FAOM juga mempunyai pelbagai kerjasama serantau dengan persatuan dan badan industri lain, seperti di Singapura, Hong Kong, Thailand dan Indonesia.

 

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu, PRecious akan menyertai FAOM sebagai ahli, yang akan memberikannya akses kepada faedah kepada acara eksklusi, dan peluang untuk mendapatkan cerapan berhubung amalan optimum dalam industri untuk meningkatkan lagi amalan Fintechnya.

 

Sebagai balasan, ahli FAOM akan menikmati alatan, sumber dan peluang untuk meningkatkan keupayaan mereka untuk mendekati media (dalam negara dan serantau) untuk menyusun naratif yang lebih mantap mengelilingi perniagaan mereka dan tawaran digital yang unik.

 

Presiden FAOM, Wilson Beh berkata pengalaman PRecious Communications dengan syarikat pemula niaga dan fintech di seluruh rantau ini mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran.

 

 

Wilson Beh
Wilson Beh

 

 

“Kami berharap dapat memanfaatkan skop kepakaran itu dalam memacu ruang teknologi dan inovasi untuk ahli kami. Penasihat mereka akan membantu ahli menyusun naratif yang kukuh berhubung pertumbuhan mereka dan kami teruja mengalu-alukan mereka ke dalam kumpulan FAOM,” katanya.

 

Sementara itu, Peneraju Pasaran PRecious Communications Malaysia, Joey Gan fintech bersedia untuk kemajuan teknologi dalam pasaran Malaysia memandangkan golongan kelas pertengahan semakin meningkat, selain peningkatan penggunaan mudah alih dan sokongan kerajaan.

 

 

Joey Gan
Joey Gan

 

 

“Terdapat penekanan pada pembayaran digital, insurtech, kiriman wang, rantaian blok, dan crowdfunding. Inilah sebabnya kerjasama kami dengan FAOM adalah sangat penting kerana ia menawarkan pandangan praktikal, memperkasakan pemimpin industri dan melengkapkan perniagaan dengan alat untuk mengharungi cabaran pasaran yang pelbagai,” ujar beliau.

 

Melangkah ke hadapan, FAOM komited kepada misinya untuk berkembang menjadi platform nasional dinamik yang didedikasikan untuk memajukan fintech di Malaysia.

 

Persatuan itu secara strategik memperkukuh dan meningkatkan kehadirannya dalam sektor fintech dengan memupuk kepimpinan pemikiran dan memberi pengaruh dalam penggubalan dasar sambil mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif fintech baharu.  - DagangNews.com