Formula rahsia untuk kekalkan kejayaan perniagaan dengan awan hibrid | DagangNews Skip to main content

Formula rahsia untuk kekalkan kejayaan perniagaan dengan awan hibrid

 

Oleh BRENDAN PAGET
Pengarah APAC Enablement
Pejabat Teknologi APAC, Red Hat

 

 

PERUBAHAN pesat di dalam persekitaran perniagaan disebabkan transformasi digital membangkitkan realiti baharu bagi perusahaan-perusahaan.

 

Tidak lagi bergantung kepada perancangan strategik dan pelaksanaan berjangka panjang, kunci kepada pertumbuhan perniagaan hari ini terletak pada keupayaan sesebuah organisasi itu berubah dengan pantas.

 

Ini memerlukan organisasi menyusun semula perniagaan mereka untuk berubah tanpa semestinya mengetahui apa perubahan yang akan berlaku.

 

Perusahaan-perusahaan semakin banyak menggunapakai awan sebagai pilihan penggunaan masa hadapan, antaranya hibrid dan pelbagai awan.

 

Memandangkan persekitaran tunggal tidak mampu menyokong perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan pelanggan dan pasaran pada skala yang pantas, 45% organisasi yang ditemuduga dalam kajian ‘Jangkaaan Pelanggan Teknologi Global Red Hat 2019' (2019 Red Hat Global Customer Tech Outlook) menyatakan bahawa mereka menggunakan sekurang-kurangnya dua platform awan pada masa ini.

 

Selain itu, 65% daripada mereka merancang untuk menggunakan dua atau lebih lagi di dalam tempoh satu atau dua tahun akan datang.

 

Dengan memiliki pelbagai pilihan prasarana (iaitu pada premis, awan awam atau awam persendirian), awan hibrid mampu menawarkan sokongan yang diperlukan untuk apa sahaja aplikasi bagi membantu mereka memberi respon secara konsisten tanpa mengira di mana mereka berada.

 

Di sebalik kepentingan untuk menangani perubahan secara fleksibel, organisasi tidak mampu mengorbankan keupayaan sedia ada yang mustahak kepada operasi perniagaan mereka, dalam proses menjadi lebih cergas.

 

Awan hibrid, oleh itu, bukan sahaja perlu selamat dan kos efektif tetapi juga responsif kepada perubahan hari ini dan di masa hadapan.
 

 

BRENDAN PAGET
                              BRENDAN PAGET

 


Bak sebuah bangunan yang kukuh jika asasnya kuat, keberkesanan awan hibrid bergantung kepada platform asasnya: sistem operasi. Oleh itu, organisasi yang ingin memaksimumkan potensi awan hibrid mereka hendaklah memastikan bahawa awan hibrid itu dibina di atas platform terbuka yang menawarkan keupayaan berikut:

 

Walaupun menggunapakai teknologi baharu dapat membantu menangani keperluan perniagaan baharu, langkah tersebut boleh menyebabkan organisasi berdepan dengan persekitaran IT yang rumit dan menambah beban kerja operasi IT. Dengan masa dan usaha yang lebih diperlukan bagi mengurus keselamatan IT dan pematuhan mereka, pasukan IT memilki masa yang lebih singkat untuk memberi fokus kepada penyampaian nilai perniagaan.

 

Bagi mengatasi isu ini, perusahaan hendaklah memastikan bahawa awan hibrid mereka berfungsi pada sistem operasi yang lebih terjamin keselamatannya dan boleh menyampaikan sumber-sumber dengan ciri-ciri kawalan bersepadu seperti pengurusan pengenalan sepusat. Ia seharusnya menyokong automasi pematuhan peraturan dan konfigurasi pemulihan keselamatan di seluruh sistem dan di dalam lingkungannya juga.

 

Sebagai asas konsisten bagi awan hibrid, platform itu juga perlu menyediakan keupayaan pengurusan terbina dalam dan alat-alat integrasi bagi meringankan pengurusan IT ke seluruh persekitaran yang pelbagai. Misalnya, ia hendaklah membolehkan pasukan IT untuk mengawal sistem perseorangan daripada web antara muka yang mudah digunakan, untuk pengurusan berterusan ke atas storan, rangkaian, kandungan, perkhidmatan dan banyak lagi. Di samping itu, ia juga boleh menawarkan pengurusan automated patch serta pengenalan dan pemulihan anomali bagi mengelakkan isu teknikal sebelum ia memberi impak ke atas operasi perniagaan.

 

  • Keyakinan untuk mengendalikan

Transformasi digital sedang berlangsung pesat di Asia Pasifik. Kaji selidik terbaharu  Computer Weekly/Tech Target IT Priorities[1] mendedahkan bahawa 42 peratus pembuat keputusan IT di rantau ini berhasrat untuk menambah baik prasarana IT mereka bagi menyokong inisiatif transformasi digital. Dengan operasi perniagaan menjadi semakin digital, ia adalah penting untuk organisasi memastikan ketahanan dan uptime beban kerja kritikal mereka, atau berdepan risiko kehilangan hasil dan secara negatif memberi impak kepada pengalaman pelanggan mereka. Kes contoh: organisasi di Asia Pasifik kerugian sejumlah AS$51 juta pada tahun lalu disebabkan kegagalan sambungan internet, menurut kajian oleh Ruckus Networks[2].

 

Bagi meminimumkan kemungkinan waktu gendala (downtime) tidak berjadual memberi impak ke atas operasi penjana hasil, organisasi memerlukan awan hibrid mereka beroperasi pada asas yang telah terbukti, boleh diharap dan berprestasi tinggi. Asas tersebut hendaklah menyediakan sehingga 99.999 peratus waktu uptime dengan perkakasan maju dan awan yang boleh diharap, kebolehadaan dan berfungsi lancar. Sebagai tambahan, ia juga seharusnya mampu menanggung beban kerja yang memerlukan lebih banyak bandwidth dan storan berbanding aplikasi tradisional, supaya lebih berkesan menyokong aplikasi perniagaan moden.

 

  • Kebebasan untuk berinovasi

Bagi meraih kelancaran perniagaan, perusahaan-perusahaan memerlukan awan hibrid yang dijana oleh sistem operasi yang memberikan asas yang konsisten untuk berinovasi. Ia seharusnya menawarkan alat-alat terbaharu bagi pembangunan, guna pakai dan penyenggaraan aplikasi. Organisasi yang memiliki platform sedemikian memilik keupayaan untuk mereka bentuk dan membina aplikasi berdasarkan keperluan perniagaan, bebas daripada perkakasan atau senibina awan. Malahan, fleksibiliti dan daya boleh diharap platform tersebut boleh juga membantu merungkaikan ketegangan antara kelancaran pembangunan dan kestabilan pengeluaran bagi aplikasi perusahaan yang moden dan berasaskan awan.
 

red hat

 

Memperkasa awan dengan sumber terbuka

Memandangkan awan hibrid yang berkesan berupaya menyokong keperluan perniagaan hari ini dan di masa hadapan, adalah amat genting supaya ia dibina di atas sistem operasi/platform yang bersedia untuk masa hadapan.

 

Organisasi di Asia Pasifik mengiktiraf keperluan ini, dengan 52% daripada mereka merancang untuk mengguna pakai lebih lagi rumusan perusahaan sumber terbuka dalam tempoh 12 bulan akan datang, demikian menurut ‘Keadaan Sumber Terbuka Perusahaan: Laporan Red Hat pada tahun 2019 (The State of Enterprise Open Source: A Red Hat Report in 2019). 48% responden juga menyatakan bahawa mereka berhasrat untuk menggunakan alat sumber terbuka perusahaan bagi menguruskan awan mereka dengan lebih baik.

 

Satu organisasi yang telah mendapat manfaat dengan menggunakan penyelesaian sumber terbuka bagi membina awan hibridnya ialah DBS Bank. Bank Singapura ini meraih keluasan dan kelancaran dengan menggunakan Red Hat Enterprise Linux dan penyelesaian Red Hat lain bagi menyepadukan prasarana legasi ke dalam platform awan yang disatukan.

 

Dengan senibina generasi akan datang, syarikat tersebut kini berupaya membangunkan penyelesaian dan perkhidmatan baharu, serta meningkatkan aplikasi mereka dengan ciri-ciri tambahan, pada kadar yang lebih pantas.

 

Ketika persekitaran perniagaan pesat berevolusi, organisasi yang mahu kekal berdaya saing perlu bergantung kepada awan hibrid yang boleh menyokong prasarana sedia ada mereka dan pada masa sama, membolehkan mereka berinovasi dengan pantas.

 

Maka, gunakanlah sistem operasi terbuka dan moden yang menyediakan asas keselamatan dan menyelarasan ke seluruh guna pakai awan hibrid dan alat-alat yang ia perlukan untuk menyampaikan khidmat dan beban kerja dengan lancar – untuk sebarang aplikasi pada sebarang platform pada bila-bila masa. – DagangNews.com

 
[1] https://www.computerweekly.com/news/252458718/IT-Priorities-2019-APAC-keeping-pace-with-digital-transformation
[2] https://www.networksasia.net/article/economic-cost-connectivity-downtime-asia-pacific.1536641158