FY20: Sumbangan perolehan kasar Takaful Malaysia dijangka naik 4% | DagangNews Skip to main content

FY20: Sumbangan perolehan kasar Takaful Malaysia dijangka naik 4%

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Walaupun sumbangan perolehan kasar (GEC) Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) merosot 30.4% pada suku kedua 2020, namun ia dijangka mencapai para momentum pada suku ketiga.

Ini adalah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan dan GEC Takaful Malaysia dijangka tumbuh sehingga 4% menjelang tahun kewangan 2020.

Lonjakan itu diikuti oleh 1% peningkatan keuntungan bersih bagi tempoh sama.

“Dalam pada itu, bisnes insurans motor Takaful Malaysia pula akan menerima manfaat daripada jualan kenderaan yang mula mengukuh pada Julai 2020 setelah cukai jualan dikecualikan,” jelas analisis CGS-CIMB Research. 

Dua segmen GEC Takaful Malaysia pada suku kedua 2020 iaitu bisnes takaful keluarga merosot (40.6%) dan takaful umum hanya turun 2% berbanding tempoh sama pada tahun lalu. 

GEC syarikat insurans tersebut pada suku kedua 2020 mencatatkan nilai RM438.7 juta.

Sementara itu, keuntungan bersih Takaful Malaysia pada separuh tahun pertama 2020 hanya jatuh 0.4%.

“Keuntungan bersih suku kedua 2020 Takaful Malaysia menurun dengan margin yang lebih rendah sebanyak 7.3% kerana keupayaan syarikat itu untuk mengurangkan perbelanjaan pengurusan sebanyak 18.3% dan perbelanjaan lain sebanyak 50.7%,” tambah CGS-CIMB.

Takaful Malaysia mencatatkan keuntungan bersih suku kedua 2020 sebanyak RM75 juta, turun 7.3% berbanding tempoh sama pada tahun lalu (RM80.9 juta).

Perolehan sesaham syarikat pula merekodkan 9.1 sen bagi suku sama. - DagangNews.com