Global Oriental peroleh 55% kepentingan dalam syarikat pengurusan tempat letak kereta EPSB | DagangNews Skip to main content

Global Oriental peroleh 55% kepentingan dalam syarikat pengurusan tempat letak kereta EPSB

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Okt - Global Oriental Bhd memperoleh 55% kepentingan dalam syarikat pengurusan tempat letak kereta, Edisijuta Parking Sdn Bhd (EPSB) pada harga tunai RM27.5 juta daripada Cahaya Impian Sdn Bhd, bagi mengembangkan asas pendapatannya.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, Cahaya Impian kini memegang 70% kepentingan ekuiti dalam EPSB, manakala baki 30% dimiliki oleh EPSB.

 

Pertimbangan pembelian itu datang dengan gandaan harga perolehan sebanyak 9.9 kali, berdasarkan keuntungan selepas cukai EPSB sebanyak RM5.05 juta yang direkodkan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022, menurut pemfailan bursa Global Oriental.

 

Kumpulan itu berkata, ia percaya pengambilalihan itu berpotensi memberi petanda baik untuk prospeknya dan mungkin menyumbang secara positif kepada prestasi kewangannya dengan menyumbang aliran hasil berulang.

 

Pada masa ini, pendapatan Global Oriental kebanyakannya diperoleh daripada segmen pembangunan hartanahnya, yang menyumbang RM373.79 juta atau 95.2% daripada jumlah hasil kumpulan sebanyak RM392.63 bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2023.

 

Pengambilalihan itu akan dibiayai oleh dana yang dijana secara dalaman dan ia dijangka selesai pada suku keempat 2023. - DagangNews.com