Grab perkenalkan pelbagai rangkaian mampu milik untuk membantu rakyat Malaysia menerusi #SavewithGrab | DagangNews Skip to main content

Grab perkenalkan pelbagai rangkaian mampu milik untuk membantu rakyat Malaysia menerusi #SavewithGrab

Oleh DIYANA ISAMUDIN

KUALA LUMPUR 19 Okt - Grab Malaysia memperkenalkan #SavewithGrab, komitmen jenama yang  menyediakan perkhidmatan mampu milik dengan menawarkan harga berpatutan menerusi beberapa ciri-ciri baharu dan yang telah dipertingkatkan dalam aplikasi Grab.

 

Antara peningkatan yang diperkenalkan adalah program ganjaran Stamp Card dan Pelan Langganan GrabUnlimited yang bersifat jangka panjang, di mana kedua-duanya menyasarkan pengguna yang peka pada harga, kata syarikat teknologi multinasional itu dalam satu kenyataan media hari ini.

 

Ketua Pemasaran Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata syarikat itu tekad menyediakan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia, di mana sahaja mereka berada, melalui segala cara yang boleh diusahakan.

 

Dengan memanfaatkan teknologi dan skala kepada platform, beliau berkata ia membantu Grab Malaysia untuk kekal relevan dalam iklim ekonomi semasa.

 

 

Hassan Alsagof
Hassan Alsagof

 

 

“Kami menawarkan harga yang lebih berpatutan supaya ia memberi insentif kepada pengguna untuk terus kembali dan membolehkan kami mencapai serta melayani sebilangan besar pengguna lebih daripada sebelum ini.

 

“Tambahan pula, dengan mencipta lebih banyak pesanan dan tempahan, ini juga boleh mencipta kelebihan dari segi peluang pendapatan bagi rakan niaga dan rakan penghantaran kami,” kata Hassan.

 

 

yghfg

 

 

Menurut Grab Malaysia, dalam satu tinjauan yang dibuat baru-baru ini telah mendapati bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia risau tentang kos sara hidup berikutan harga barang runcit dan makanan yang menjadi punca kebimbangan.

 

Dengan matlamat untuk memberi perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia, ia berkata #SavewithGrab bukan sahaja menawarkan pengguna dengan pilihan harga yang lebih rendah, malah turut memberi peluang untuk mereka berjimat.

 

Bagi memenuhi permintaan segmen pengguna yang lebih luas, ciri-ciri #SavewithGrab menyasarkan pengguna yang peka bajet dan harga menerusi pilihan penghantaran GrabFood yang lebih murah, ciri yang dipertingkatkan untuk pesanan secara berkumpulan dan pelan langganan jangka panjang GrabUnlimited.   - DagangNews.com