Hampir 60% rakyat Malaysia daftar vaksinasi | DagangNews Skip to main content

Hampir 60% rakyat Malaysia daftar vaksinasi

Pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera. Kredit gambar mStar.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 14 Jun - Hampir 60% rakyat di negara ini mendaftarkan diri untuk proses vaksinasi bagi membendung wabak COVID-19.

 

Mengikut data terkini yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), Malaysia mencatatkan 56.80% pendaftaran nasional setakat 13 Jun 2021.

 

Peratusan perkembangan nasional yang dicatatkan itu menjadikan jumlah pendaftaran kumulatif adalah sebanyak 13.78 juta.

 

.

 

Jumlah berkenaan meningkat berbanding 13.77 juta yang dicatatkan pada 12 Jun 2021.

 

Dalam perkembangan pendaftaran mengikut negeri, Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu sebanyak 3.5 juta.

 

Kedudukan tertinggi tersebut disusuli Johor (1.7 juta), Sarawak (1.3 juta) dan Kuala Lumpur (1.1 juta).

 

Proses pendaftaran vaksinasi COVID-19 boleh dibuat melalui tiga pilihan berbeza seperti yang dipaparkan dalam laman web JKJAV.

 

.

 

Orang ramai boleh membuat pendaftaran berkenaan melalui aplikasi MySejahtera, secara dalam talian dan melalui talian pendaftaran khas.

 

Pendaftaran secara dalam talian boleh dibuat melalui pautan https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/.

 

Bagi pendaftaran melalui talian pendaftaran khas pula, orang ramai boleh terus menghubungi talian 1800-888-828. - DagangNews.com