HLIB Research unjur pertumbuhan GEC Takaful Malaysia 2-5% | DagangNews Skip to main content

HLIB Research unjur pertumbuhan GEC Takaful Malaysia 2-5%

Oleh NABILA YASMIN RAZIB
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 11 Nov - Caruman perolehan kasar (GEC) Syarikat Takaful Malaysia diunjur lemah suku ke suku dan tahun ke tahun susulan sekatan pergerakan dan perniagaan yang lebih ketat dikenakam pada suku ketiga tahun ini.

 

HLIB Research berkata, CEG Takaful Malaysia dijangka tidak seteruk yang direkodkan pada 2020.

 

"Namun begitu, keseluruhan perniagaan telah mula mengukuh semula berikutan pembukaan semula ekonomi. 

 

"Bagi program penangguhan pembayaran, ini dilihat tidak memberi kesan kepada Takaful Malaysia kerana kebanyakan produk mereka adalah sumbangan tunggal.

 

"Melangkah ke hadapan, strategi pertumbuhan adalah untuk memanfaatkan portal jualan dalam taliannya bersama-sama dengan jualan silang produk. 

 

"Kami mengekalkan dan mengunjurkan pertumbuhan GEC tahun kewangan penuh 2021 & 2022 sebanyak 2-5%," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Dalam pada itu bekenaan cukai makmur, HLIB Research berkata, ia dijangka memberi kesan sebanyak 8% pada prestasi pendapatan 2022 Takaful Malaysia.

 

"Untuk Cukai Makmur, kami melihatnya sebagai pembayaran sekali sahaja dan dengan itu, tidak memasukkannya ke dalam model kewangan kami; dalam apa jua keadaan, ia akan memberi kesan sebanyak 8% pada prestasi pendapatan tahun kewangan 2022," jelasnya. 

 

Tersenarai sejak 1996, Takaful Malaysia telah menjadi antara pengendali takaful terkemuka di negara ini. 

 

Ia menjalankan perniagaan takaful keluarga dan am serta mempunyai operasi di Indonesia. -DagangNews.Com