Indeks Harga Pengguna dijangka kekal menggalakkan susulan pembukaan ekonomi    | DagangNews Skip to main content

Indeks Harga Pengguna dijangka kekal menggalakkan susulan pembukaan ekonomi   

Oleh NABILA YASMIN RAZIB 
nabila@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 29Nov - Indeks Harga Pengguna (IHP) dijangka kekal menggalakkan pada 2022 didorong oleh pemulihan permintaan berikutan kesan setahun penuh pembukaan ekonomi.

 

Public Investment Bank Bhd berkata, peningkatan itu juga akan dipacu oleh  pergerakan harga minyak yang menggalakkan hasil campur tangan bekalan berterusan OPEC+ sehingga selepas April 2022.

 

Katanya, indeks itu juga akan didorong oleh kesan ketinggalan lapan pakej rangsangan fiskal COVID-19 yang akan meningkatkan aktiviti penggunaan dan pelaburan. 

 

"Inisiatif swasta-awam yang akan mewujudkan sekurang-kurangnya 1,000,000 pekerjaan baharu pada 2022 dan persekitaran kadar faedah yang akomodatif juga akan menyokong momentum dalam IHP.

 

"IHP juga akan disokong oleh belanjawan fiskal terbesar yang antara lain akan menyaksikan perbelanjaan pembangunan terbesar sebanyak RM75.6 bilion peningkatan 21.9% tahun," katanya dalam nota penyelidikannya di sini hari ini.

 

Tambah Public Investment, permintaan akan terus didorong oleh pelbagai bantuan fiskal seperti bantuan kewangan yang disasarkan seperti Bantuan Keluarga Malaysia – BKM, insentif khas Cukai Jualan dan Perkhidmatan,  pengecualian cukai jualan untuk pembelian kenderaan baharu dan inisiatif khusus sepertu pengurangan 2% dalam caruman KWSP pekerja bulanan/

 

"Gabungan inisiatif ini akan mendorong IHP untuk berkembang sebanyak +2.5% tahun ke tahun pada 2022, lebih tinggi daripada +2.4% pada 2021," katanya.

 

IHP mencatatkan kenaikanpada bulan Oktober berikutan pembukaan semula ekonomi kerana kebanyakan negeri telah berpindah ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

IHP yang melonjak sebanyak 2.9% tahun ke tahun pada Oktober, peningkatan berbanding 2.2% pada September disokong oleh kelonggaran dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menyokong aktiviti ekonomi dan sosial.

 

Kenaikan IHP juga didorong oleh lantunan semula harga minyak global yang terus meningkat pada bulan Oktober. -DagangNews.com