Ismail Sabri beri kepercayaan kepada Muhyiddin kerana pengalamannya terajui MPN dari awal | DagangNews Skip to main content

Ismail Sabri beri kepercayaan kepada Muhyiddin kerana pengalamannya terajui MPN dari awal

KUALA LUMPUR 14 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusannya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) kerana beliau berpengalaman mempengerusikannya sejak awal.

 

“Memang Pagoh pengerusikan mesyuarat ini sejak mula diwujudkan, maka kita beri kepercayaan Pagoh teruskan tugasnya,” kata Perdana Menteri dalam sesi soal jawab di parlimen hari ini.

 

Ismail Sabri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Saifuddin Nasution Ismail (PH- Kulim-Bandar Baharu) yang mahu tahu kenapa Muhyiddin dilantik sebagai pengerusi MPN.

 

Muhyddin dilantik sebagai pengerusi MPN dengan status menteri pada 4 September lalu, selepas pelantikan Ismail Sabri sebagai pengganti beliau.

 

MPN diperkenalkan semasa era pentadbiran 17 bulan Muhyiddin sebelum dijatuhkan oleh Umno. Menerusi MPN, diwujudkan Pelan Pemulihan Negara yang mengandungi empat tahap sebelum ekonomi dibuka semula sepenuhnya dengan mengambil kira jumlah kes harian COVID-19, kapasiti hospital dan kadar vaksinasi yang diamalkan ke hari ini.

 

BACA : Pelantikan Muhyiddin terajui MPN jamin kesinambungan kejayaan pelan pemulihan COVID-19

 

BACA : Rakyat lega pendekatan pragmatik, holistik Muhyiddin dalam MPN diteruskan

 

Segala perancangan MPN mula menunjukkan kejayaan dengan kadar tahap 4 dan 5 kes positif COVID-19 telah berkurangan dengan nyata berikutan semakin ramai populasi dewasa negara ini menerima suntikan vaksin. - DagangNews.com