JBL perkenal barisan audio terkini pembesar suara dengan reka bentuk klasik | DagangNews Skip to main content

JBL perkenal barisan audio terkini pembesar suara dengan reka bentuk klasik

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 16 Nov - JBL, pengeluar peralatan audio terkemuka melancarkan barisan pembesar suara yang diilhamkan legasi, Authentic 200, 300, dan 500 serta turntable Spinner BT, sempena jelajah 'Heart of Sound' di Mid Valley Megamall di sini.


       
Pengarah Urusan Global Best United (M) Sdn Bhd, Henry Yap berkata, gandingan gaya klasik itu membawakan penampilan zaman dahulu dengan teknologi audio JBL abad ke-21.

 

"Barisan JBL Authentic adalah langkah reka bentuk yang membawakan teknologi bunyi berkualiti dalam pakej menarik untuk kediaman," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

 

Rangkaian pembesar suara JBL Authentic tersedia dalam tiga variasi. JBL Authentic 500 dilengkapi ciri Wi-Fi dan pembesar suara pintar Bluetooth yang menyampaikan Dolby Atmos untuk memberikan pendengar dengan bunyi yang mengasyikkan. 

 

JBL Authentic 300 pula menawarkan bunyi mudah alih berprestasi tinggi dengan bateri 8 jam terbina dalam, dan JBL Authentic 200 memenuhi mana-mana ruang dengan bunyi stereo seimbang yang kuat.

 

Direka bentuk dengan mengambil kira pengalaman pengguna yang lancar, pembesar suara JBL Authentic menampilkan integrasi baharu yang dibina dengan kerjasama Amazon dan Google yang menyediakan pendengar akses serentak kepada pembantu suara mereka.

 

 

jbl

 

 

Orang ramai boleh mengunjungi pameran Heart of Sound di Mid Valley Megamall sehingga 19 November 2023. 

 

 

jbl

 

 

Rangkaian pembesar suara JBL Authentic dan turntable JBL Spinner BT kini tersedia untuk pembelian di kedai dalam talian JBL dan semua peruncit sah JBL. - DagangNews.com