Jelajah AKM: Rebat 30% diberikan kepada peminjam di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa KPLB | DagangNews Skip to main content

Jelajah AKM: Rebat 30% diberikan kepada peminjam di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa KPLB

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

SHAH ALAM 20 Ogos - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyediakan rebat sehingga 30% kepada usahawan berjaya membuat pembayaran pinjaman di bawah Skim Pembiyaan Ekonomi Desa (SPED) mengikut jadual yang ditetapkan. 

 

Jurucakap kementerian itu, Sawira Samsul Bahri berkata, pembiayaan SPED itu disediakan untuk ushawan Melayu dan bumiputera yang berada di dalam kawasan parlimen luar bandar.

 

Katanya, pembiayaan itu melibatkan pinjaman berbentuk barangan bernilai antara RM20,000 sehingga RM250,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 60 bulan.

 

"Buat masa sekarang, pemohon akan diberikan pengecualian semakan CCRIS (Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) dan CTOS sehingga Disember 2022 dan moratorium pembayaran sehingga tempoh 12 bulan.

 

"Sekiranya bayaran peminjam ini 'cantik' dalam tempoh lima tahun, mereka akan diberikan rebat sebanyak 30%," katanya kepada DagangNews.com ketika ditemui di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Selangor, di perkarangan Stadium Shah Alam.

 

kplb

 

Pembiayaan patuh syariah itu menawarkan had pinjaman sehingga tiga kali dengan had maksimum sebanyak RM500,000.

 

kplb

 

Beliau berkata, sehingga kini seramai 3,653 usahawan sudah berjaya menerima manfaat daripada program itu melibatkan pelbagai bentuk perniagaan.

 

kplb

 

Katanya, pinjaman itu disediakan untuk pelbagai jenis perniagaan yang berdaftar di bawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Ordinan Perniagaan di Sabah dan Sarawak. 

 

kplb

 

"Kami tidak menetapkan sebarang sasaran khusus untuk jumlah pemohon kerana dana ini sentiasa ada untuk mereka yang berminat untuk memohon," katanya.- DagangNews.com