Jubin BMS terima anugerah Malaysia Book of Records, lancar cawangan baharu di Kota Damansara | DagangNews Skip to main content

Jubin BMS terima anugerah Malaysia Book of Records, lancar cawangan baharu di Kota Damansara

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Mac - Pembekal jubin, batu dan mozek Jubin BMS Sdn. Bhd. melancarkan cawangan terbaharu mereka di Kota Damansara dan ia adalah bersempena penerimaan anugerah daripada Malaysia Book of Records untuk Rekaan Jubin Terbanyak oleh Pembekal, hari ini.

 

Syarikat berkenaan memiliki koleksi rekaan jubin terbanyak di Malaysia yang diperbuat daripada pelbagai bahan untuk hiasan dinding dalaman, siling, lantai dan sebagainya.

 

Bangunan setinggi empat tingkat dengan keluasan 20,000 kaki persegi itu dilengkapi ruang pameran menarik yang digabungkan dengan perkhidmatan logistik, sistem gudang dan perkhidmatan terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan.

 

Selain menawarkan jubin, batu dan mozek daripada pelbagai jenama bertaraf dunia, Jubin BMS juga menyediakan pameran rumah contoh bagi membolehkan pelanggan merasai sendiri produk berkenaan dan membayangkan sekiranya produk itu digunakan di rumah mereka.

 

Pengarah Urusan Jubin BMS, Ang Kwee Peng berkata, selepas pembukaan cawangan terbesar di Johor Bahru tahun lalu, pihaknya menyediakan bilik pameran yang menarik kepada pelanggan di Lembah Klang menerusi pembukaan cawangan di Kota Damansara.

 

bms

 

"Kami mengalu-alukan kehadiran pelanggan sedia ada dan baharu untuk merasai pengalaman hiasan rumah dan kemasan dalam yang unik.

 

bms

 

"Anugerah yang diterima daripada Malaysia Book of Records juga merupakan bukti terhadap musaha kami sebagai pembekal yang diyakini dan kami percaya perkara itu boleh direalisasikan dengan menyediakan pilihan produk terbesar untuk pelanggan daripada segmen berbeza," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sebelum ini Jubin BMS melancarkan Kompleks BMS di Tebrau, Johor Bahru pada April 2021

 

Jubin BMS ketika ini memliki bilik pameran dan cawangan di 14 lokasi sekitar Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Sarawak. - DagangNews.com