Kadar pengangguran negara dijangka terus menurun - HLIB | DagangNews Skip to main content

Kadar pengangguran negara dijangka terus menurun - HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 11 Jan - Kadar pengangguran negara dijangka menurun selepas pembukaan banyak sektor ekonomi meskipun pada ketika ini stabil pada paras 4.3%. 

 

Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research berkata, pasaran tenaga kerja semakin pulih dan pada penghujung November 2021, kebayakan negeri berada pada dalam Fasa 4 manakala Kelantan dan Sarawak kekal dalam Fasa 3 

 

Jumlah individu tidak bekerja terus menurun dari bulan ke bulan (MOM) (-1.5%; Oktober: -3.4%) dan tahun ke tahun (YoY) (-9.2%; Oktober: -5.8%) kepada 694,400 individu (Oktober: 705,000 individu) iaitu jumlah terendah sejak April 2020.

 

"Peningkatan pekerjaan terus mencatatkan peningkatan dipacu oleh sektor perkhidmatan, pembuatan dan pembinaan selepas sektor aktiviti mula dibuka secara normal.

 

"Dalam sektor perkhidmatan, trend peningkatan berpunca dari dagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta aktiviti pengangkutan dan penyimpanan. Bagaimanapun sektor pertanian dan perlombongan mencatatkan penurunan," katanya dalam satu nota kajian hari ini.

 

Dalam pada itu, Pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mencatatakan data kehilangan pekerjaan (LOE) mencatatkan penurunan pada Disember 2021 iaitu pada kadar 3,200 berbanding November 3,3000 dengan kebanyakannya dari sektor pembuatan.

 

Daripada jumlah itu, Selangor (33.2%) and Kuala Lumpur (27.4%) menjadi dua negeri yang mencatatkan LOE tertinggi.

 

Pada 10 Disember 2021, kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM19.8 bilion menerusi empat program subsidi yang diperkenalkan dan secara keseluruhan seramai 2.95 juta pekerja atau 18.1% daripada jumlah tenaga kerja mendapat manfaat daripada program itu. - DagangNews.com