Kanger tetapkan harga waran B pada 5 sen setiap satu | DagangNews Skip to main content

Kanger tetapkan harga waran B pada 5 sen setiap satu

 

 

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kanger International Bhd menetapkan harga bagi waran B pada 5 sen setiap satu yang diterbitkan tanpa sebarang kos kepada pemegang saham yang layak. 

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini, Kanger berkata, langkah penetapan harga itu menyaksikan pengurangan antara 10 hingga 30% lebih rendah kepada harga tanpa hak (TERP) berdasarkan harga volum purata wajaran 5 hari saham Kanger termasuk 13 Ogos.

 

"Julat pengurangan harga itu membolehkan lembaga pengarah menetapkan harga bagi waran B yang cukup menarik sebagai insentif kepada pemegang untuk menggunakan waran B.

 

"Ia juga memberi fleksibiliti kepada lembaga pengarah untuk menghadapi naik turun keadaan pasaran dan harga," katanya.

 

Harga penetapan 5 sen per waran B adalah 11.66% lebih rendah berbanding TERP 5.66 sen sesaham. - DagangNews.com