Kembali ke kota selepas raya: PLUS saran orang ramai masuk lebuh raya sebelum 9 pagi | DagangNews Skip to main content

Kembali ke kota selepas raya: PLUS saran orang ramai masuk lebuh raya sebelum 9 pagi

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Mei - Pengguna lebuh raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) disaran merancang perjalanan pulang ke Lembah Klang dengan memasuki lebuh raya sebelum 9 pagi atau selewat-lewatnya pada 8.45 pagi. 

 

PLUS memaklumkan, bagi perjalanan yang lebih lancar, pelanggan lebuh raya diingatkan supaya sentiasa memastikan baki eWallet dan kad Touch 'Go sentiasa mencukupi untuk sampai ke destinasi.

 

"Pengguna lebuh raya juga diingatkan masuk dan keluar dari lorong pembayaran tol yang sama, contohnya masuk RFID, keluar RFID.

 

"Selain itu, periksa keadaan enjin anda untuk mengelakkan terlalu panas semasa perjalanan pulang yang panjang. Sediakan mental dan fizikal diri dan keluarga anda untuk menjadikan perjalanan jalan raya ini. 

 

"Simpan air yang mencukupi di dalam kereta dan jadikannya selamat dan selesa untuk semua penumpang," katanya.

 

PLUS turut mengingatkan pengguna lebuh raya mengisi minyak kenderaan sebelum memasuki lebuh raya dan berehat setiap selang dua jam di R&R.

 

 

plus

 

 

"Teruskan bermain lagu-lagu raya dan dengarkan radio Astro untuk situasi trafik terkini, yang juga boleh anda lihat dalam aplikasi PLUS dan Twitter Trafik PLUS. Gunakan Waze atau Google Maps anda untuk memandu serta mengelakkan kesesakan.

 

"Berfikir dengan jelas, kekal berwaspada, memandu dengan selamat dan berpegang kepada prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 di tempat yang sesak," katanya. - DagangNews.com