Kenali pencipta yang menjadikan kandungan TikTok mereka sebagai sumber pendapatan | DagangNews Skip to main content

Kenali pencipta yang menjadikan kandungan TikTok mereka sebagai sumber pendapatan

(Dari kiri ke kanan) BabyLynda, Pak Cik Chin Swee, dan Adelyn Heng (salah seorang pencipta terbaik dari KSIA)
oleh DIYANA ISAMUDIN

PEMASARAN digital kini menjadi kemestian bagi sesuatu jenama untuk mempromosi produk atau perkhidmatan mereka menggunakan khidmat pempengaruh (influencer) di media sosial.

 

Sebut sahaja TikTok, sebelum ini platform tersebut sangat popular dengan kandungan video yang lebih kepada hiburan seperti video tarian.

 

Kini, TikTok merangkumi pelbagai video seperti kandungan pendidikan yang disebut sebagai "Edutainment" yang terdapat di platform. Pencipta-pencipta di TikTok mempunyai idea dan kepakaran tersendiri untuk menarik pengikut.

 

TikTok adalah salah satu wadah yang menjadi pilihan di mana penstriman langsung dan video berdurasi pendek rancak digunakan untuk tujuan pemasaran sekaligus menjadi punca pendapatan pengguna.

 

 

sempoi
Pasukan Kami Sempoi Internatioinal Agency

 

 

Antara yang terawal adalah pencipta kandungan dan pengasas Kami Sempoi International Agency (KSIA), Pak Cik Chin Swee yang telah mengasah bakat lebih 600 pencipta kandungan TikTok di bawah agensi beliau.

 

 

Pak Cik Chin Swee
                        Pak Cik Chin Swee

 

 

Chin Swee sendiri juga mencipta nama di TikTok sebagai pencipta kandungan dan menjadi hos penstriman langsung yang telah menarik ramai penyokong yang kemudiannya dilatih untuk menjadi pelapis.

 

“Para pengguna pada masa kini lebih terdidik, bijak dan tahu kehendak mereka,” ujarnya.

 

Tambahnya lagi, seseorang hos boleh melonjakkan jualan produk kerana mereka mampu menarik minat audiens dan mempengaruhi mereka untuk membuat pembelian.

 

BabyLynda ialah salah seorang anak didik Chin Swee yang kini merupakan hos TikTok yang popular di bawah naungan KSIA.

 

 

BabyLynda
                                BabyLynda

 

 

Sebagai anak didik KSIA, BabyLynda berkata, agensi tersebut memberikan bimbingan dan sokongan yang mencukupi serta pelbagai ganjaran serta manfaat yang meningkatkan prestasi penstriman langsung beliau.

 

“Sebagai pencipta kandungan TikTok, pendapatan yang stabil boleh dijana dengan bimbingan dan sokongan kedua-dua pihak TikTok dan agensi, seperti fungsi pemberian hadiah (yang boleh ditebus sebagai wang) di TikTok,” ujar BabyLynda.

 

Penggunaan TikTok untuk menjana pendapatan adalah salah satu inisiatif syarikat sosial media tersebut di bawah Creator Program untuk mendukung pencipta kandungan.

 

Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek berkata, di bawah program tersebut, pendapatan dijana melalui fungsi-fungsi seperti ‘Video Gift’ dan ‘Live Gift’.

 

“Terdapat juga Affiliate Creators untuk TikTok Shop & Creator Marketplace, yang mempunyai semua alatan pemasaran dan peniaga boleh bekerjasama dengan pencipta kandungan mengikut industri, belanjawan dan matlamat perniagaan mereka,” tambah Darren.

 

Beliau berkata syarikat ini juga menganjur kempen dan trend mingguan untuk membantu pencipta kandungan meningkatkan jumlah audiens termasuk kempen #TikTokGuru yang menghimpunkan pelbagai video untuk mempelajari apa-apa sahaja. DagangNews.com