Kestabilan harga rumah pacu ketahanan pasaran hartanah | DagangNews Skip to main content

Kestabilan harga rumah pacu ketahanan pasaran hartanah

 Kestabilan harga rumah pacu ketahanan pasaran hartanah

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Pasaran hartanah negara menunjukkan prestasi ketahanan susulan harga permintaan rumah yang stabil.

 

Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, laporan terkini Indeks Pasaran Hartanah PropertyGuru Malaysia (MPMI) dilihat kekal pada 88.60 mata pada suku ketiga dan suku keempat 2020.

 

"Situasi ini mungkin disebabkan oleh program vaksinasi kerajaan yang telah bermula pada 24 Februari.

 

"Perlu untuk terus berhati-hati dan mengakui bahawa sekarang bukanlah waktu 'biasa' dan sekiranya situasi COVID-19 yang bertambah buruk akan menjejaskan semua sektor ekonomi," jelas beliau dalam kenyataan hari ini.

 

.

 

Permintaan harga di Selangor menunjukkan peningkatan kecil sebanyak 0.84% berbanding suku lalu, memberi gambaran wujudnya potensi harga permintaan kembali semula ke zon positif pada 2021.

 

Permintaan harga di Kuala Lumpur merosot sebanyak 1.80% suku ke suku, kerana banyak pasaran hartanah terkemuka di kawasan metropolitan berdepan tekanan penurunan secara berterusan disebabkan penyusutan tarikan antarabangsa.

 

Dalam pasaran utama lain seperti Pulau Pinang, harga permintaan mengalami penyusutan sebanyak 0.78%. 

 

.
Sheldon Fernandez 

 

Pertimbangan perlu diberikan yang walaupun terdapat gangguan kesan pandemik dan penurunan kecil harga permintaan.

 

Bagi Selatan, harga permintaan di Johor jatuh sebanyak 0.83% suku ke suku. 

 

Negeri tersebut terus berdepan dengan isu besar ketidaksepadanan hartanah, yang pada awalnya dibina menyasarkan pembeli antarabangsa di bawah rancangan Iskandar Malaysia. 

 

Dalam pada itu, beliau memberitahu, keseluruhan pasaran hartanah dijangka akan bertambah baik pada 2021, khususnya pada separuh kedua tahun ini.

 

.

 

Ujarnya, ramalan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.1% dan keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75%, dengan kemungkinan ia akan diturunkan lagi menjadi pendorong kepada jangkaan pemulihan tersebut.

 

MPMI turut merekodkan peningkatan keseluruhan bekalan tahunan sebanyak 0.98% tahun ke tahun.

 

Meskipun terdapat gangguan berkaitan wabak, ini menunjukkan bahawa bekalan stok hartanah beransur-ansur kembali memasuki pasaran.

 

"Penting juga untuk disebut yang jumlah bekalan suku tahunan yang turun naik atau tidak konsisten sepanjang musim pandemik menggambarkan pembatasan aktiviti komersial. 

 

"Ini disebabkan oleh kawalan ketat dan pelonggaran peraturan kawalan pergerakan, dan bukannya faktor asas permintaan-penawaran yang biasanya menentukan pergerakan pasaran,"kata Sheldon. - DagangNews.com