Kontrak Southern Cable daripada TNB meningkat kepada RM332 juta selepas pindaan | DagangNews Skip to main content

Kontrak Southern Cable daripada TNB meningkat kepada RM332 juta selepas pindaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 April - Southern Cable Group Berhad menyaksikan tempahan sedia ada meningkat kepada RM609.3 juta daripada RM578.4 juta pada 31 Disember 2022, selepas menerima tambahan kontrak daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

 

Menerusi tambahan kontrak kumpulan yang dipinda dengan TNB untuk membekalkan kabel dan konduktor bawah tanah meningkat kepada RM332.1 juta berbanding RM293.8 juta pada asalnya.

 

Pengarah Urusan kumpulan, Tung Eng Hai berkata, pihaknya positif terhadap 2023, kerana projek merentas pelbagai industri seperti tenaga, pembinaan dan infrastruktur telah mencatatkan pulangan yang kukuh dalam tahap aktiviti.

 

Beliau berkata, Bajet 2023 yang dibentangkan semula baru-baru ini, dengan tumpuannya pada projek berimpak tinggi, akan menyumbang kepada pertumbuhan selanjutnya dalam permintaan untuk kabel dan wayar.

 

"Tambahan kontrak oleh TNB menguatkan tempahan kami untuk tahun ini dan membuktikan keadaan pasaran yang semakin baik.

 

"Kami akan meneruskan lebih banyak perniagaan sebagai aliran tender kerana projek baharu telah kembali kukuh, sekali gus menyokong pandangan positif pada masa hadapan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Kadar tempahan semasa kumpulan akan dipenuhi sehingga 2024, terdiri daripada kabel kuasa dan wayar serta produk selain perkhidmatan berkaitan seperti rod aluminium, serta bekalan dan pemasangan sistem penerus untuk rangkaian 5G.

 

Kumpulan itu adalah pembekal berdaftar untuk kabel dan wayar dengan TNB dan mempunyai hubungan perniagaan yang kukuh sejak 19 tahun yang lalu. - DagangNews.com