Kos operasi tinggi, Pos Malaysia diunjur terus catat kerugian pada FY23 dan FY24 - Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Kos operasi tinggi, Pos Malaysia diunjur terus catat kerugian pada FY23 dan FY24 - Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 Nov - Kenanga Research mengunjurkan Pos Malaysia Berhad terus mencatatkan bagi FY23 dam FY24 masing-masing sebanyak 17% dan 10% selepas mengambil kira kos operasi yang lebih tinggi.

 

Firma penyelidikan itu juga kekal berhati-hati terhadap prospek kumpulan itu kerana perniagaan konvensionalnya sedang bergelut untuk kekal relevan dalam era digital selain jumlah penghantarannya semakin berkurangan kerana persaingan hebat daripada syarikat seperti J&T Express dan Ninja Van.

 

Selain itu, langkah penjimatan kos yang dilakukan kumpulan itu masih tidak mencukupi bagi mengatasi kelemahan hasil perniagaan terasnya. 

 

"Kami memuji usaha mereka mewujudkan kedai serbaneka POS Shop melalui pengubahsuaian cawangan sedia ada (pada masa ini dua kedai, sasaran sembilan kedai bagi FY23 dan 50 kedai pada FY24) tetapi kami bimbang ia akan mengambil masa lama untuk mencapai tahap operasi cekap," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

BACA JUGA: Pos Malaysia catat kerugian bersih RM33.3 juta pada 3QFY23

 

Terdahulu, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional ini terus mencatat kerugian bersih sejak suku kedua tahun kewangan 2019 (2QFY19) sehingga suku semasa.

 

Pendapatan kumpulan itu pada suku berakhir 30 September 2023 berjumlah RM461.7 juta, menyusut 6% berbanding RM492 juta tahun lalu, manakala kerugian sesahamnya pada 4.26 sen daripada 4.3 sen sebelumnya.

 

Secara kumulatif, keuntungan bersih anak syarikat DRB-Hicom itu melebar kepada RM88 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2023 (9MFY23) daripada RM69 juta pada tempoh sama tahun lalu.

 

Pendapatannya pada 9MFY23 pula merosot 5.7% kepada RM1.4 bilion berbanding RM1.5 bilion tahun lalu

 

Kenanga Research mengekalkan saranan 'underperform' dengan harga sasaran (TP) lebih rendah sebanyak 38 sen berbanding 39 sen sesaham.- DagangNews.com