Krisis Rusia-Ukraine beri kesan minimum kepada sektor teknologi tempatan | DagangNews Skip to main content

Krisis Rusia-Ukraine beri kesan minimum kepada sektor teknologi tempatan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 7 Mac - AmInvestment Bank Berhad melihat krisis Rusia-Ukraine hanya memberi kesan yang sangat minimum kepada kepada sektor teknologi tempatan.

 

Berdasarkan kepada Perangkaan Perdangangan Semikonduktor Dunia (WSTS), Rusia bukan pengguna langsung semikonduktor yang penting dan hanya menyumbang kurang daripada 0.1% daripada pembelian cip global. 

 

Sebagai tambahan, krisis itu bagaimanapun tidak menimbulkan rantaian bekalan yang ketara kepada bekalan cip global. 

 

"Kami melihat bahawa, krisis yang melibatkan Rusia tidak akan memberi sebarang impak yang signifikan kepada permintaan semikondustor global," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pendapatan untuk kaunter teknologi di bawah pemerhatian mereka mencatatkan keputusan bercampur pada 4QCY21 dengan satu syarikat gagal mencapai unjuran seperti yang diharapakan iaitu Pentamaster Corporation dengan pendapatan 23% di bawah unjuran kerana isu logistik serta gangguan bekalan.

 

Katanya, sektor teknologi Malaysia memberi gambaran terhadap prestasi Nasdaq yang merekodkan penurunan 13% sejak awal tahun walaupun berlaku jangkaan peningkatan faedah akibat tekanan inflasi.

 

semik

 

"Pandemik menyebabkan berlakunya gangguan dari segi polisi kewangan termasuk kenaikan kadar faedah yang memberi kesan terhad kepada gangguan ini," katanya.

 

Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) kekal optimis dengan perkembangan industri yang disokong dengan daya tahan bagi permintaan cip dan penerimaan infrastruktur rangkaian 5G dan perantinya, kenderaan elektrik dan penggunaan Internet Kebendaan (IoT).

 

semik

 

Firma penyelidikan itu kekal dengan saranan 'overweight' terhadap sektor teknologi dan pelabur disarankan untuk mengambil peluang untuk memilih syarikat yang memiliki asas yang kukuh seperti MPI dan Inari.

 

"Bagaimanapun terdapat beberapa risiko yang akan mengganggu rantaian bekalan termasuk varian baharu COVID-19 selain kadar jualan yang lebih rendah berbanding jangkaan kerana pelanggan mengurangkan kadar pengeluaran akibat kos logistik yang tinggi," katanya. - DagangNews.com