Laporan PM terima rawatan kanser, lantikan TPM palsu | DagangNews Skip to main content

Laporan PM terima rawatan kanser, lantikan TPM palsu

 

Oleh ANIS FARHANAH MALEK
anisfarhanah@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Khabar angin yang mengatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjalani rawatan berikutan penyakit kanser yang dialami oleh beliau adalah tidak benar dan berniat jahat. 

 

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi. 

 

“Khabar angin yang menyatakan bahawa ada pelantikan untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri juga adalah tidak benar,” jelas kenyataan itu.

 

Sebelum ini, pelbagai portal media melaporkan terdapat hasrat untuk melantik seorang timbalan perdana menteri bagi memberi laluan kepada Muhyiddin untuk menjalani rawatan kanser di Singapura. - DagangNews.com