Lebih setengah juta pekerja sektor pembuatan divaksin melalui Pikas | DagangNews Skip to main content

Lebih setengah juta pekerja sektor pembuatan divaksin melalui Pikas

Pikas

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Seramai 509,910 pekerja dalam sektor pembuatan di negara ini telah menerima suntikan vaksin melalui Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas) setakat 2 Ogos 2021.

 

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, 65,910 daripada jumlah berkenaan telah melengkapkan dus dos suntikan bagi tempoh sama.

 

.

 

"Pemberian vaksin melalui program #PIKAS telah mencecah setengah juta setakat 2 Ogos 2021.

 

"Pembukaan lebih banyak #PPV Penggunaan Umum (Common Use) diharap akan dapat memvaksinasi lebih ramai pekerja di dalam sektor pembuatan di seluruh negara," jelas MITI dalam satu ciapan di laman Twitternya hari ini.

 

.

 

Pikas yang mula dilancarkan pada 16 Jun 2021 merupakan sebuah kolaborasi strategik di antara pihak awam dan swasta.

 

Program berkenaan meletakkan fokus untuk mempercepatkan vaksinasi di kalangan pekerja di dalam sektor pembuatan.

 

Program tersebut mampu mewujudkan persekitaran pekerjaan yang selamat dan kondusif untuk pekerja di dalam sektor berkenaan.

 

Melalui Pikas, penyediaan vaksin adalah secara percuma, manakala pihak swasta akan membiayai dan menguruskan PPV, sekali gus mengurangkan kos pentadbiran pemberian vaksin yang perlu ditanggung kerajaan. 

 

Syarikat-syarikat sektor pembuatan yang berminat untuk menyertai Pikae, boleh layari www.miti.gov.my atau hubungi talian hotline Pikas di 03-62071193, 03-62071194, 03-62071195 atau 03-62071196. - DagangNews.com