Maybank IB jangka Top Glove terus catat kerugian pada 3QFY23 | DagangNews Skip to main content

Maybank IB jangka Top Glove terus catat kerugian pada 3QFY23

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 8 Jun - Maybank Investment Bank (Maybank IB) menjangkakan Top Glove Corporation Berhad terus mencatatkan kerugian pada 3QFY23 kerana penggunaan kilang yang kurang daripada 40% dan penutupan dua kilang selain 16 kilang yang dalam status menunggu.

 

Firma itu berkata, walaupun kumpulan itu sudah menaikkan purata harga jualan (ASP), ia dilihat masih tidak memadai untuk mereka mencipta keuntungan.

 

"Memandangkan situasi lebihan bekalan yang berterusan, kerugian mungkin berterusan dalam tempoh terdekat," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, walaupun ASP sudah dinaikkan kepada AS$21 setiap 1,000 keping, ia telah memberi kesan kepada kedua-dua jumlah jualan dan kadar penggunaan kilangnya di dalamm keadaan pasaran yang terlebih bekalan.

 

Katanya, kadar penggunaan kilangnya kini berada pada sekitar 20% berdasarkan kapasiti 100 bilion, atau sekitar 36% pada kapasiti efektif 60 bilion.

 

"Nampaknya peningkatan selanjutnya dalam ASP mungkin tidak dapat dilaksanakan pada ketika ini kerana Top Glove menghadapi tentangan kuat daripada pelanggan," katanya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu menjangkakan permintaan akan meningkat pada suku keempat tahun ini sebaik sahaja aktivit pengurangan stok tamat.

 

Kataya, kumpulan itu mengutamakan aliran tunai berbanding keuntungan dan telah menjalankan pelbagai langkah rasionalisasi kos.

 

“Ini termasuk menyatukan sumber kepada kilang yang lebih cekap dan mengurangkan kiraan kakitangan sebanyak 50%,” katanya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'jual' dengan harga sasaran (TP) 57 sen sesaham. - DagangNews.com