Mercedes-Benz Malaysia, Pertubuhan Nicol David raikan 30 kanak-kanak Rumah K.I.D.S | DagangNews Skip to main content

Mercedes-Benz Malaysia, Pertubuhan Nicol David raikan 30 kanak-kanak Rumah K.I.D.S

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 17 Dis - Bersempena dengan sambutan Hari Krismas yang bakal menjelang tidak lama lagi, Mercedes-Benz Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Nicol David (NDO) meraikan seramai 30 anak-anak yatim dari Rumah K.I.D.S di Bukit Jalil Golf and Country Club.

 

Majlis yang dikenali sebagai Christmas in a Shoebox itu berlangsung dengan meriah apabila anak-anak yatim tersebut diraikan menerusi permainan sukaneka dalam usaha membentuk semangat kerja berpasukan dan memupuk nilai murni di dalam diri mereka.

 

Anak-anak Rumah K.I.D.S kemudian menikmati jamuan tengah hari selain penampilan khas Santa dan Mrs. Claus yang dilakonkan oleh Naib Presiden Jualan dan Pemasaran, Michael Jopp dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mecedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien.

 

Kakitangan syarikat itu turut memberikan hadiah kepada anak-anak yatim tersebut berdasarkan kepada senarai permintaan mereka.
 

"Di Mercedes-Benz, tanggungjawab sosial merupakan salah satu daripada teras utama, kami sangat komited dalam memberikan sokongan kepada kanak-kanak ini demi membina masa depan yang lebih baik.

 

"Sepanjang 11 tahun penganjuran program ini, kakitangan kami bersatu dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat dan kami berbangga kerana dalam melaksakannya pada tahun ini bersama Datuk Nicol David menerusi pertubuhannya," kata Sagree dalam satu kenyataan.

 

mes

 

Pada tahun 2022, Mercedes Benz akan mengembangkan lagi penglibatan mereka dalam khidmat masyarakat menerusi jalinan kerjasama dengan NDO.

 

Jalinan kerjasama itu menyasarkan untuk memperkasa kanak-kanak dari golongan B40 dan M40 menerusi penguasaan akademik serta penglibatan sukan.

 

mes

 

Mereka akan didedahkan kepada kesedaran diri, amalan hidup sihat selain berpeluang meningkatkan penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris.

 

"Ini merupakan permulaan baharu buat NDO dan diri saya selepas sekian lama bekerjasama dengan Mercedes-Benz dalam memberikan sumbangan kepada masyarakat.

 

mes

 

"Menerusi pengalaman saya dalam dunia sukan, saya boleh melakukan perkara baharu dan memberikan impak positif kepada masyarakat. SAya percaya kerjasama ini akan menghasilkan impak positif kepada generasi akan datang," kata Nicol yang juga Pengasas NDO. - DagangNews.com