MGB diunjur raih dua lagi projek baharu menjelang penghujung FY23, kata PublicInvest | DagangNews Skip to main content

MGB diunjur raih dua lagi projek baharu menjelang penghujung FY23, kata PublicInvest

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 18 Dis - Public Investment Bank Research (PublicInvest) menjangkakan MGB Berhad meraih satu atau dua lagi kontrak baharu menjelang penghujung FY23.

 

Katanya, sehingga kini, kumpulan itu berjaya mencapai 56% daripada unjuran kontrak firma penyelidikan itu atau atau RM300 juta.

 

Buku pesanan terkumpul sedia ada kumpulan itu meningkat sebanyak 16% kepada RM1.2 bilion, memberikan keterlihatan pendapatan untuk dua hingga tiga tahun akan datang.

 

"Unjuran kami menunjukkan bahawa kontrak baharu yang diraihnya akan menyumbang kira-kira RM4.2 juta setahun bermula FY24 hingga FY26 dengan andaian margin keuntungan seblum cukai satu digit.

 

"Kami bagaimanapun mengekalkan ramalan pendapatan kami kerana ini merupakan sebahagian daripada andaian penambahan buku pesanan FY23 kami sebanyak RM500 juta," katanya dalam satu nota kajian.

 

ARTIKEL BERKAITAN: MGB peroleh kontrak RM167.75 juta bina apartmen servis di Genting Highlands

 

Terdahulu, kumpulan itu meraih kontrak bernilai RM167.75 juta bagi projek pembangunan di Genting Highlands, Pahang.

 

Kumpulan itu menerima kontrak itu daripada RDC Arkitek (KL) Sdn Bhd bagi pihak Johan Anggun Sdn Bhd (JASB) bagi cadangan projek pembangunan itu di tanah berkeluasan 0.93 hektar.

 

Projek tersebut disasarkan untuk disiapkan dalam tempoh 27 bulan, yang dijangka bermula pada 4 Mac 2024 sehingga 3 Jun 2026.

 

Projek itu melibatkan pembinaan apartmen servis 28 tingkat dengan ruang kemudahan, tempat letak kereta dan lobi.

 

Firma penyelidikan itu berkata,  kumpulan itu akan melancarkan projek baharu di Cameron Highland pada 2QFY24 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM107 juta

 

"Kami mengekalkan saranan 'outperform' denga harga sasaran (TP) RM1.16 sesaham," katanya. - DagangNews.com