MIDF Research positif terhadap prospek Astro didorong perbelanjaan iklan lebih baik | DagangNews Skip to main content

MIDF Research positif terhadap prospek Astro didorong perbelanjaan iklan lebih baik

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 Mac - MIDF Research positif terhadap prospek Astro Malaysia Holdings Berhad selepas dilihat berpotensi untuk meraih manfaat daripada persekitaran perbelanjaan periklanan (adex) yang lebih baik kesan daripada pembukaan semula ekonomi.

 

Firma itu berkata, perbelanjaan radio (radex) dan perbelanjaan iklan digital (digital adex) meningkat pada kadar pertumbuhan 17% dan 7%, masing-masing, manakala jumlah Adex mencecah RM126 juta.

 

Katanya, radex menguasai bahagian majoriti sebanyak 73%, diikuti adex televisyen pada 34% dan digital adex pada 2%.

 

Firma itu berkata, jenama Radio Astro berjaya mengekalkan kedudukan dominannya, memperoleh 17.7 juta pendengar mingguan melalui kedua-dua saluran FM dan digital.

 

"Margin keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) teras FY23 berada di bawah jangkaan kami dan konsensus, mencatatkan 54% dan 74% daripada anggaran tahun penuh kami dan konsensus.

 

"Kami menyemak turun unjuran pendapatan FY24 sebanyak 46.% selepas mengambil kira hasil langganan yang lebih rendah daripada jangkaan, hasil pengiklanan serta jualan barangan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih FY23 merosot kepada RM259.04 juta daripada RM460.88 juta dicatatkan pada tahun sebelumnya selepas ia mencatatkan pendapatan yang rendah pada suku keempat.

 

Pada 4QFY23, untung bersihnya susut kepada RM54.75 juta daripada RM126.59 juta dicatatkan sebelum ini manakala perolehan dalam tempoh berkenaan merosot 3.9 peratus kepada RM990.67 juta daripada RM1.03 bilion setahun sebelumnya.

 

Firma itu mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) 89 sen berbanding 95 sen sesaham sebelum ini. - DagangNews.com